kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Hasil Penyelidikan

Indeks Belia Malaysia

Bil Tajuk Pautan
1 Indeks Belia Malaysia 2015 Muat_Turun
2 Penilaian Outcome Indeks Belia Malaysia 2016 (IBM '16) Muat_Turun
3 Penilaian Outcome Indeks Belia Malaysia 2017 (IBM '17) Muat_Turun
4 Penilaian Outcome Indeks Belia Malaysia 2019 (IBM '19) Muat_Turun
5 Facts & Figures #MYIndexbelia Muat_Turun
6 Facts & Figures #MYIndexbelia 2019 - Mengukur Kualiti & Kesejahteraan Hidup Belia Malaysia Muat_Turun
7 Buku Kajian Penilaian Pembangunan Belia Positif 8C bagi Program Malaysia Future Leader School (MFLS)  

 

Indeks Budaya Sukan Malaysia

Bil Tajuk Pautan
1 Fact & Figures Budaya Bersukan Rakyat Malaysia 2017 Muat Turun
2 Fact & Figures Indeks Budaya Sukan Malaysia 2018 Muat Turun
3 Fact & Figures Indeks Budaya Sukan Malaysia 2019 Muat Turun

 

Lain-lain

Bil Tajuk Pautan
1 Understanding The Anxieties & Desires of Malaysia Youth Muat Turun
2 Analisis Pasca Pilihan Raya Umum 2013 - Pandangan Generasi Muda Muat Turun
3 Kesejahteraan Belia Harapan Masa Depan Muat Turun

 

Bil Tajuk Polling Pautan
1 Polling Persepsi Belia Terhadap PRE Bagi Menangani Impak Covid-19 (Pusingan Kedua)  Muat Turun

 

Tingkahlaku Devian

Tingkahlaku Devian

Domain Tingkah Laku Devian mempunyai sembilan indikator seperti yang disenarikan dalam jadual 13. Skor domain tingkah laku devian hanya menunjukkan peningkatan yang sidikit kepada 87.8 berbanding dengan skor 87.4 dalam tahun 2006. Skor domain ini berada di tahap SANGAT BAIK.

Beberapa rumusan yang boleh dibuat berdasarkan indikator domain tingkah laku devian ini:

  • Terdapat pertambahan sedikit dari segibelia yang suka melepak dan yang suka membaca bahan lucah berbanding dengan tahun 2006
     
  • Belia yang suka menghisap rokok, meminum minuman keras dan yang suka berjudi berkurang sedikit berbanding dengan tahun 2006
     
  • Belia yang mengaku tidak mengambil dadah juga menunjukkan peningkatan yang sedikit sahaja.

[ Kembali ]

Kesihatan


Domain kesihatan mengandungi lapan indikator sepertimana yang di senarai dalam Jadual 8. Skor domain kesihatan 97.1 tidak menunjukkan banyak perubahan berbanding dengan skor 97.7 dalam tahun 2006. Berdasarkan skor domain ini, tahap kesihatan generasi muda kekal di tahap SANGAT BAIK kerana sebahagian besar tidak mempunyai penyakit yang disenaraikan dalam Jadual 8.

Berdasarkan skor lapan indikator kesihatan itu bolehlah dirumuskan bahawa walaupun terdapat peningkatan dan penurunan skor untuk indikator-indikator tertentu tetapi perubahan itu adalah terlalu kecil untuk mengubah tahap kesihatan di kalangan generasi belia berbanding dengan tahap kesihatan mereka pada tahun asas 2006.

[ Kembali ]

Ketembusan Media

Secara keseluruhannya, skor domain ketembusan media hanya mengalami perubahan yang terlalu kecil daripada skor 84.4 dalam tahun 2006 kepada skor 84.9 dalam tahun 2008. Belia Malaysia terus menikmati suasana persekitaran 'kaya media' dan berada di tahap SANGAT BAIK.

Di antara rumusan yang boleh dibuat terhadap indikator domain ketembusan media adalah:

  • Pendedahan belia kepada program televisyen berbayar semakin meningkat berdasarkan skor 75.9 berbanding dengan skor 66.7 dalam tahun 2006.
     
  • Penggunaan internet dikalangan belia juga berada di tahap yang tinggi yang memberi implikasi bahawa generasi belia semakin menyerap dalam budaya dunia virtual.
     
  • Kemampuan belia untuk memiliki teknologi hiburan digital semakin meningkat dengan peningkatan skor pemilikan alat CD dan Mp3 daripada 67.5 dalam tahun 2006 kepada 77.4 dalam tahun 2008 ini.
[ Kembali ]

Waktu Senggang

Waktu Senggang

Generasi belia digalakkan mengisi waktu senggang secara positif. Domain Waktu Senggang dalam IBM '06 memperoleh skor yang paling rendah iaitu 21.0 dan berada di tahap LEMAH. Namun begitu, dalam IBM '08 ini telah ada peningkatan di kalangan belia untuk memenuhi waktu senggang mereka dengan peningkatan skor kepada 29.3 dan berada dalam tahap SEDERHANA BAIK.

Skor indikator dalam Jadual 7 memberi implikasi berikut:

  • Keinginan belia Malaysia untuk melibatkan diri dalam aktiviti sukan meningkat secara drastik daripada skor 14.3 dalam tahun 2006 kepada skor 47.7 dalam tahun 2008.
     
  • Belia menunjukkan minat yang menurun terhadap aktiviti berpersatuan di mana skor 10.9 dalam 2008 adalah kurang daripada skor 19.9 dalam 2006 dan terus kekal dalam tahap LEMAH.
     
  • Dari segi keterlibatan dalam aktiviti senaman tidak menunjukkan perubahan yang signifikan antara tahun semasa dengan tahun asas 2006.

 

 

 

 

[ Kembali ]

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.