- Home
- Malaysian Journal of Youth Studies
- 2010
- Vol 3 Disember
- MEMPERKASA JATI DIRI GENERASI NET MENERUSI PERANAN GENERASI NET
Malaysian Journal of Youth Studies - 2010
MEMPERKASA JATI DIRI GENERASI NET MENERUSI PERANAN GENERASI NET
Makalah ini membincangkan ciri-ciri generasi net dan jati diri pengguna internet khasnya golongan belia. Antara perkara-perkara yang dibincangkan dalam kertas kerja ini termasuklah peranan generasi net sebagai pengguna dan peserta yang berperanan sebagai pengguna maklumat, pemberi maklumat dan penilai maklumat. Ia menggunakan pendekatan bercampur atau ‘mixed method’ yang mengadunkan data qualitatif dan kuantitatif, data primer dan sekunder. Artikel ini juga mengambil kesempatan untuk membincangkan interaksi dan kepelbagaian pendapat, penggunaan bahasa dan tanggungjawab mereka. Di samping itu, ia turut membincangkan pengaruh arus siber atau ‘cyber-wave’ dan pembangunan organisasi informal atau ‘informal e-networks’. Perbincangan terhadap perkembangan internet sebagai media alternative dan media bebas (alternative and independent media) juga dilibatkan atas kepentingannya sebagai sebahagian daripada penilaian jati diri generasi net. Seterusnya, cabaran jati diri dibincangkan khasnya dari segi peranan internet sebagai koordinasi kritikan terhadap kerajaan Barisan Nasional atau sebaliknya. Perbincangan menyentuh cabaran jati diri generasi net sama ada dapat bertindak adil dan konsisten sepanjang masa. Ini adalah kerana golongan net turut terdedah kepada pandangan bias dan diskrimasi terhadap sesetengah pihak.
Kata Kunci: Belia, Jati diri, Generasi, Internet, Malaysia