- Home
- Malaysian Journal of Youth Studies
- 2012
- Vol 7 Disember
- KEBOLEHPASARAN GRADUAN IPT TEMPATAN: PENILAIAN DARI PERSPEKTIF MAJIKAN
KEBOLEHPASARAN GRADUAN IPT TEMPATAN: PENILAIAN DARI PERSPEKTIF MAJIKAN
Kecemerlangan akademik dalam sesuatu subjek belum mencukupi kepada graduan baru tamat pengajian memperoleh prospek pekerjaan yang baik dalam suasana persaingan sengit di pasaran buruh. Jesteru itu, artikel ini memberikan gambaran mendalam mengenai kemahiran dan kompetensi yang diperlukan oleh pasaran buruh masa kini dari perspektif majikan. Temubual kumpulan terfokus yang terdiri dari wakil-wakil persatuan majikan sebagai metod kajian ini. Dari perspektif majikan, mereka memerlukan graduan baru yang berkeyakinan diri dengan memiliki kebolehan dan kemahiran holistik serta personaliti bersopan santun. Secara keseluruhan, graduan baru memiliki pengetahuan asas yang mencukupi di bidang pengkhususan masing-masing, tetapi majikan mengutamakan graduan yang mudah dilatih dan mampu mengadaptasi diri dengan pekerjaan mereka.
Kata kunci: Kemahiran Kerja, Pengangguran Graduan, Kesepadanan Kerja