kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

TINGKAH LAKU HEDONISTIK DALAM KALANGAN BELIA DI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

Makalah ini bertujuan untuk menentukan tahap tingkah laku hedonistik dalam kalangan belia di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terpilih di Malaysia. Kajian ini menggunakan instrumen kajian Zimbardo Time Perspective Inventory dan juga Schwartz Value Survey untuk mengukur tahap tingkah laku hedonistik. Kajian adalah berbentuk kajian tinjauan yang menggunakan soal selidik. Sebanyak 408 orang responden daripada golongan pelajar dari institusi pengajian tinggi (awam dan swasta) di sekitar Lembah Klang. Kesemua data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS dan Amos. Keputusan kajian menunjukkan majoriti belia berada pada tahap tingkah laku hedonistik yang sederhana dan tinggi mengikut faktor demografi. Tahap tingkah laku hedonistik responden perempuan (M=2.97, SD=.448) adalah lebih tinggi berbanding responden lelaki (M=2.89, SD=.429); dan responden berbangsa India (M=3.12, SD=.531) menunjukkan tahap yang lebih tinggi berbanding Cina (M=2.97, SD=.389) dan Melayu (M=2.88, SD=.458). Hasil kajian ini mampu memberi sumbangan yang signifikan untuk membantu pihak yang bertanggungjawab dalam merancang strategi dan memperkemaskan program pembangunan belia yang bersesuaian dan mempunyai kredibiliti untuk menarik golongan belia di IPT.

Kata Kunci: Hedonisme, Tingkah Laku Hedonistik, Belia, Pembangunan Belia, Institusi Pengajian Tinggi

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.