kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

INDEKS BELIA MALAYSIA 2015 DARI PERSPEKTIF BELIA POSITIF

Artikel ini bertujuan mengukur kesejahteraan hidup dalam kalangan belia Malaysia yang diterjemahkan melalui penghasilan Indeks Belia Malaysia 2015 (IBM’15). Sejarah pembentukan IBM di Malaysia adalah merupakan antara negara terawal yang mewujudkan indeks yang mengukur kesejahteraan hidup generasi belia mereka dalam kalangan negara-negara Komanwel. IBM mula dibangunkan di Malaysia bermula pada tahun 2006 sebagai tahun asas, dikuti dengan penghasilan IBM pada tahun 2008 dan 2011. Penghasilan IBM pada tahun 2015 telah membawa pelbagai penambahbaikan berasaskan pembentukan indeks belia Malaysia tahun-tahun terdahulu. Penambahbaikan demi penambahbaikan ini berlaku berteraskan kepada senario semasa yang turut disokong oleh kepesatan perkembangan teknologi yang bergerak maju seiring dengan pembangunan belia yang dilihat dari kaca mata positif. IBM’15 dengan pembangunan 12 Domain dan 58 Indikator dihasilkan bertujuan bagi memantau perkembangan khusus dalam mengukur kesejahteraan hidup generasi belia pada masa kini. Antara Domain yang menjadi pemacu utama dalam mengesan kesejahteraan hidup belia Malaysia adalah Pembangunan Kendiri, Potensi Diri, Kesejahteraan Ekonomi, Penggunaan Media, Hubungan Sosial, Kesihatan, Keselamatan, Waktu Senggang, Identiti, Pendidikan, Sosialisasi Politik dan Bebas Tingkah Laku Devian. Kajian ini dilaksanakan ke atas 6,098 orang responden yang berusia di antara 15-30 tahun dengan menggunakan Blok Perhitungan bagi mengenal pasti lokaliti responden yang terlibat dalam kajian ini. Hasil IBM’15 secara keseluruhannya menunjukkan bahawa kesejahteraan hidup belia Malaysia berada pada tahap Sederhana iaitu pada skor 70.22. Berdasarkan dapatan IBM’15 dilihat masih banyak ruang penambahbaikan yang perlu dilaksanakan oleh pelbagai pihak bagi memastikan generasi belia Malaysia berada dalam acuan yang menjadi penentu pengisi kemakmuran dan pembangunan Malaysia pada hari ini.

Kata Kunci: Indeks Belia Malaysia, Domain, Indikator, Pembangunan Belia Positif, Kesejahteraan Hidup Belia.

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.