kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

MOTIVASI DAN TAHAP PENGLIBATAN BELIA FELDA DALAM KESUKARELAWANAN DI FELDA BUKIT ROKAN, NEGERI SEMBILAN

Kajian ini bertujuan untuk menentukan hubungan antara motivasi dan tahap penglibatan belia dalam aktiviti sukarela di Felda Bukit Rokan, Negeri Sembilan. Objektif khusus kajian ini adalah untuk i) memperihalkan sosio demografi responden; ii) mengenal pasti dimensi dan tahap motivasi responden dalam aktiviti sukarela; iii) mengenal pasti jenis dan tahap penglibatan responden dalam aktiviti sukarela; dan iv) menentukan hubungan antara motivasi dan tahap penglibatan responden dalam aktiviti sukarela. Seramai 136 responden yang terdiri daripada 54.4 peratus lelaki dan 45.6 peratus perempuan terlibat dalam kajian ini. Responden dipilih melalui kaedah persampelan bertujuan. Data diperolehi dengan menggunakan borang soal selidik yang ditadbir sendiri oleh responden. Volunteer Functions Inventory (VFI) telah digunakan untuk mengukur motivasi sukarelawan, manakala tahap penglibatan diukur menggunakan alat ukuran yang dibina sendiri oleh penyelidik. Kedua-dua alat ukuran mempunyai nilai pekali kebolehpercayaan Cronbach’s alpha 0.939 dan 0.696. Analisis statistik yang digunakan adalah korelasi Pearson. Hasil kajian menunjukkan motif utama penglibatan responden dalam aktiviti sukarela adalah motif pemahaman, diikuti oleh motif nilai dan motif sosial. Manakala, jenis aktiviti utama yang disertai oleh belia adalah aktiviti sukarela berbentuk sukan, diikuti oleh aktiviti berbentuk khidmat sosial dan masyarakat serta aktiviti keagamaan. Selain itu, kajian turut mendapati tahap motivasi responden adalah tinggi, manakala tahap penglibatan dalam aktiviti kerja sukarela adalah sederhana. Keputusan analisis korelasi Pearson menunjukkan hubungan positif secara signifikan antara kesemua dimensi motivasi dengan tahap penglibatan responden dalam aktiviti sukarela (r = .547 hingga .649, p<.01). Kesimpulannya, motivasi sukarelawan iaitu motif untuk terlibat dalam aktiviti sukarela mempunyai hubungan dengan tahap penglibatan dalam aktiviti sukarela dalam kalangan belia di Felda. Justeru, untuk meningkatkan tahap penglibatan belia dalam aktiviti sukarela, faktor motivasi memainkan peranan yang penting, selain daripada menambahbaik penganjuran aktiviti-aktiviti sukarela di kawasan Felda.

Kata Kunci : Aktiviti Sukarela, Motivasi, Penglibatan Belia, Belia Felda, Volunteer Functions Inventory (VFI)

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.