- Home
- Malaysian Journal of Youth Studies
- 2016
- Vol 15 Disember
- MAT REMPIT DAN PENGAMBILAN BAHAN TERLARANG DI PULAU PINANG
MAT REMPIT DAN PENGAMBILAN BAHAN TERLARANG DI PULAU PINANG
Di Malaysia, aktiviti lumba motosikal haram telah menarik sekumpulan golongan belia yang sering dilabel sebagai Mat Rempit. Hakikatnya, fenomena lumba motosikal haram ini telah menjadi polemik hangat yang sering dibincangkan oleh masyarakat. Ini kerana penglibatan belia terhadap aktiviti lumba haram ini adalah pada tahap yang membimbangkan. Kajian ini bertujuan menghuraikan interpretasi faktor risiko pengambilan bahan terlarang daripada perspektif tulen dalam realiti sosial Mat Rempit di Pulau Pinang, Malaysia. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif telah dijalankan terhadap sekumpulan Mat Rempit di Pulau Pinang. Kajian ini menggunakan strategi abduktif dan metod fenomenologi. Sampel kajian dipilih melalui kaedah snow ball dan persampelan bertujuan. Data telah dikutip melalui temubual secara mendalam. Analisis data menggunakan perisian Nvivo yang bertujuan membina kategori serta tema dan kemudiannya disusuli dengan temubual yang seterusnya. Dapatan kajian menunjukkan bahawa dalam realiti sosial Mat Rempit mengambil bahan terlarang semasa menyertai aktiviti lumba haram untuk tujuan keseronokan. Kata Kunci: Interpretasi, Faktor Risiko, Pengambilan Bahan Terlarang, Mat Rempit