kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

CYBERBULLYING AMONG MALAYSIAN YOUTH

The purpose of this research was to survey the current situation concerning cyberbullying among youth in Malaysia. Specifically, this research aimed at finding out the prevalence of cyberbullying among youth based on demographic data and the common types of cyberbullying tactic. The survey method was adopted as the research design in which a set of questionnaire was developed to collect the data. A total of 1406 respondents were selected in this research. In general, the research findings reveal that majority of the respondents had been cyberbullied before. The Malays community yielded the highest percentage of cyberbullied victims. In addition, the result also shows that female cyber users were usually targeted as the cyberbully victim. The most common type of cyberbully tactic was through receiving offensive/ pornographic materials. Effective and pragmatic steps have to be taken in order to mitigate the cyberbullying problem among Malaysian youth.

Keywords : Cyberbullying, Youth, Cyber User, Cyberbully Tactic, Cyberbully Victim

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

PERKEMBANGAN MODAL SOSIAL DALAM KALANGAN KOMUNITI ATAS TALIAN

Artikel ini membincangkan isu integrasi sosial dalam konteks modal sosial melalui kajian terhadap enam (6) komuniti atas talian terpilih di Malaysia. Modal sosial merujuk kepada model koperatif yang bermaksud kekuatan sesebuah komuniti itu terletak pada jaringan sosial yang terbina dalam kalangan ahlinya. Perubahan dalam hubungan sosial yang dibawa oleh kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) telah memberikan idea untuk mengaplikasikan konsep modal sosial dalam konteks komuniti atas talian atau e-komuniti. Secara definisinya, e-komuniti bermaksud sekumpulan manusia yang membina komuniti dan berinteraksi di antara satu sama lain secara kerap dalam Internet. Kaedah pengumpulan data utama adalah melalui kajian tinjauan atas talian terhadap 162 ahli e-komuniti dan temubual bersama lapan (8) pentadbir e-komuniti, dua (2) orang wakil kerajaan dan 27 orang awam. Kajian ini menghasilkan empat (4) penemuan utama yang boleh disimpulkan sebagai; jaringan atas talian berpotensi membantu interaksi antara ahli tetapi elemen utama seperti dicadangkan oleh konsep modal sosial seperti kepercayaan dan hubungan timbal balik telah di halangi oleh pelbagai faktor sosio-budaya. Keperluan berbeza ahli e-komuniti dan hakikat bahawa masyarakat masih dibelenggu modal budaya seperti kelas, identiti nasional, bahasa, agama dan cara hidup berbeza telah menghadkan perkembangan modal sosial di antara kelompok etnik. Justeru, mengaplikasikan konsep ini dalam konteks jaringan atas talian dan sosialisasi adalah suatu proses yang mencabar dan tidak menyakinkan.

Kata Kunci: Modal Sosial, Integrasi Sosial, Jaringan Atas Talian, E-Komuniti

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

BELIA DAN ANCAMAN ISIS DI MALAYSIA

Kemunculan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL) telah mengejutkan masyarakat antarabangsa lebih-lebih lagi selepas tersebar video pemenggalan kepala wartawan Barat melalui internet. Keganasan yang dirancang oleh kumpulan ini dan kejayaan menakluki banyak kawasan tanah di Syria dan Iraq dalam tempoh yang singkat telah menjadikannya musuh nombor satu bagi kebanyakan negara termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Negara-negara Islam seperti Arab Saudi, Turki dan Indonesia. Kumpulan ini kini dianggap kumpulan pengganas paling berbahaya di dunia. Intipati perjuangan ISIS ini adalah untuk mewujudkan sebuah negara Islam di Syria dan Iraq. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa bahawa ISIL telah melakukan jenayah perang. Menurut laporan mereka sekurang-kurangnya 9,347 orang awam telah terbunuh dan sekurang-kurangnya 17,386 cedera dalam tempoh lapan bulan pertama 2014. Kaedah kekerasan yang digunakan oleh militan ISIS telah dianggap sebagai jenayah dan bercanggah dengan ajaran Islam. ISIS berjaya menarik simpati dan sokongan ramai rakyat Malaysia termasuk untuk menyertai mereka di Iraq dan Syria. Sebagai sebuah negara majoriti Muslim, pengaruh ISIS di Malaysia dianggap sebagai satu ancaman kepada keselamatan dan kestabilan negara. Apa yang lebih membimbangkan sekarang adalah penyebaran ideologi keganasan ISIS terhadap belia di Malaysia yang boleh membahayakan orang Islam dan bukan Islam. Jika ianya tidak dicegah dari awal, ianya akan membahayakan masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama melalui aktiviti-aktiviti keganasan. Artikel ini memberi tumpuan kepada ancaman ISIS di Malaysia dan bagaimana ia mempengaruhi belia Malaysia untuk menyertai kumpulan militan. Ia juga menggambarkan kemunculan ISIS sebagai satu ancaman baru kepada global dan kawasan serantau serta langkah-langkah yang diambil oleh Malaysia untuk menangani ancaman ISIS.

Kata Kunci: ISIS, Malaysia, Keganasan, Media Sosial, Islam

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

KEFAHAMAN DAN PENERIMAAN MAHASISWA UNIVERSITI AWAM TERHADAP GERAKAN ISIS

Kemunculan kumpulan ekstremis The Islamic State of Iraq and Syria (ISIS) di tengah-tengah kemelut dan pergolakan politik di Timur Tengah telah menjadi isu utama perbincangan mengenai ancaman terhadap keselamatan di peringkat domestik dan antarabangsa. Dalam konteks Malaysia, kemunculan kumpulan pengganas ini telah diberi perhatian serius oleh kerajaan. Serangan membabitkan rakyat Malaysia yang berlaku di rantau Timur Tengah dan siri tangkapan yang dilakukan oleh pihak berkuasa menunjukkan bahawa rakyat Malaysia telah dikenal pasti terlibat menyertai perjuangan ISIS. Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti tahap kefahaman dan potensi penerimaan dan penolakan terhadap ISIS dalam kalangan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) di Semenanjung Malaysia. Kajian menerusi kaedah kajian rentas (cross-sectional study) dengan menggunakan borang soal selidik dan perbincangan kumpulan fokus (focus group discussion, FGD) telah dilakukan ke atas 1200 responden dari kalangan pelajar-pelajar IPT awam dan swasta di Semenanjung Malaysia yang dibahagikan kepada 4 zon utama (Utara, Tengah, Selatan dan Pantai Timur). Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti pelajar IPT masih belum mempunyai pemahaman jelas tentang ISIS. Tahap kefahaman responden tersebut dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti media massa, media sosial dan rakan-rakan. Walaupun secara umumnya dapatan dari sudut tahap penerimaan dan penolakan menunjukkan bahawa majoriti responden didapati menolak perjuangan ISIS, masih terdapat sebilangan kecil responden yang masih belum pasti mengenainya malah ada yang didapati bersetuju dan menyokong ISIS. Hasil penyelidikan ini menunjukkan peranan lebih serius harus dimainkan oleh kerajaan untuk menangani isu ini sebelum ia berkembang menjadi ancaman yang lebih serius kepada keselamatan negara.

Kata Kunci: Keselamatan Negara, The Islamic State of Iraq and Syria (ISIS), Keganasan, Institusi Pengajian Tinggi

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

PENDIDIKAN DAN KEMAHIRAN BELIA LUAR BANDAR

Dalam mengharungi cabaran di sebalik pembangunan Negara yang kian pesat, ilmu pengetahuan dan kemahiran merupakan aset penting kepada golongan belia untuk terus bersaing. Namun, masih terdapat ramai belia terutamanya di kawasan luar bandar yang tidak menyambung pengajian dalam bidang akademik mahupun latihan kemahiran, khususnya dalam bidang Pendidikan Teknikal dan Vokasional (PTV). Akibatnya, mereka ketinggalan dalam memainkan peranan sebagai penggiat ekonomi. Sehubungan itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti latar belakang dan inisiatif belia luar bandar yang tidak menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi. Satu kajian tinjauan telah dijalankan menggunakan pendekatan kuantitatif dan disokong oleh data kualitatif. Soal selidik telah diedarkan kepada 1600 orang belia luar bandar dan hasilnya sebanyak 1204 set lengkap data digunakan untuk analisis. Sesi temubual juga telah dijalankan bersama beberapa orang responden. Data kuantitatif dianalisis menggunakan statistik deskriptif, manakala data temubual dianalisis secara tematik. Dapatan menunjukkan bahawa golongan belia yang tidak menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi majoritinya terdiri daripada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mempunyai latar belakang keluarga yang berpendapatan rendah. Didapati lebih 60% belia yang terlibat dalam kajian ini pernah bekerja dan mempunyai pengalaman berharga dalam bidang-bidang tertentu. Dapatan juga menunjukkan belia ini mempunyai inisiatif untuk menyambung pengajian (min pada tahap yang tinggi = 3.78), namun dihalangi beberapa faktor seperti faktor diri sendiri dan menyara keluarga. Implikasi daripada kajian ini ialah Institut Kemahiran Belia Negara boleh memperluaskan pengiktirafan kepada golongan belia berdasarkan pengalaman terdahulu (PPT) bagi mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dalam bidang-bidang tertentu contohnya pertanian, automotif dan katering.

Kata Kunci: Belia Luar Bandar, Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Kemahiran, Inisiatif

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.