- Home
- Malaysian Journal of Youth Studies
- 2017
- Vol 16 Jun
- HUBUNGAN ANTARA DIMENSI PENYESUAIAN DIRI DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR POLITEKNIK
HUBUNGAN ANTARA DIMENSI PENYESUAIAN DIRI DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR POLITEKNIK
Artikel ini bertujuan meneliti hubungan antara dimensi penyesuaian diri dengan pencapaian akademik dalam kalangan pelajar di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) berpandukan kepada Model Penyesuaian Baker & Siryk (1984). Seramai 136 responden telah dipilih secara teknik pensampelan mudah bagi memenuhi keperluan kajian. Responden terdiri daripada pelajar baharu semester dua bagi program kejuruteraan. Instrumen Student Adaptation College Questionnaire (SACQ) telah digunakan bagi melihat item – item mengenai empat dimensi penyesuaian iaitu penyesuaian akademik (PA), penyesuaian sosial (PS), penyesuaian peribadi-emosi (PEP) dan komitmen matlamat/perapatan institusi (KMPI). Dapatan kajian menunjukkan bahawa PA dan KMPI mencatatkan tahap penyesuaian diri yang baik manakala PEP dan PS hanya mencatatkan tahap sederhana. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan kekuatan korelasi yang sangat kuat bagi dimensi PA (r =.945, p=.000) terhadap pencapaian akademik. Dimensi lain seperti PS (r =.750, p=.000) dan KMPI (r =.835, p=.000) telah menunjukkan kekuatan korelasi pada tahap kuat. Elemen PPE (r =.655, p=.000) didapati hanya memiliki kekuatan korelasi yang sederhana dengan pencapaian akademik. Pengukuhan dimensi penyesuaian diri amat perlu diberikan perhatian oleh pihak kaunselor dalam usaha untuk meningkatkan pencapaian akademik pelajar politeknik di Malaysia. Kajian lanjut dicadangkan melalui pembinaan modul penyesuaian diri bagi pelajar baharu di politeknik dapat dibina bagi memberi peluang kepada usaha memperkasakan pembangunan diri yang lebih teguh.
Kata Kunci: Penyesuaian Akademik (PA), Penyesuaian Sosial (PS), Penyesuaian Peribadi-Emosi (PEP), Komitmen Matlamat/Perapatan Institusi (KMPI) dan Pencapaian Akademik.