kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PENERAPAN DAN PEMERKASAAN NILAI MURNI DALAM KALANGAN BELIA

Dalam merealisasikan TN50, terdapat tujuh (7) bidang yang menjadi fokus utama TN50 dan salah satu daripadanya adalah nilai murni. Hal ini jelas menunjukkan bahawa nilai murni merupakan satu perkara yang dipandang serius oleh pihak kerajaan dalam membentuk negara Malaysia yang bukan sahaja berjaya dari segi pembangunan material tetapi juga memiliki rakyat yang mempunyai moral yang tinggi. Penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan rakyat menjadi agenda utama kerajaan terutamanya kepada golongan belia kerana mereka adalah modal insan harapan yang akan memimpin negara di masa hadapan. Sejarah juga telah membuktikan bahawa, banyak empayar atau negara yang maju telah runtuh lantaran generasi yang mewarisinya gagal menjaga ketamadunan yang dicapai kerana mereka mempunyai moral yang rendah. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji Identiti Nasional Belia Malaysia ke arah 2050 dari sudut penerapan dan pemerkasaan nilai murni dalam kalangan belia menuju mentaliti kelas pertama. Kajian ini menggunakan pendekatan mix method iaitu dengan menggabungkan kaedah kuantitatif dan kualitatif dalam mendapatkan data yang dikehendaki. Kaedah kuantitatif yang digunakan adalah tinjauan soal selidik manakala kaedah kualitatif yang digunakan adalah temu bual kumpulan fokus. Responden yang terlibat dalam kajian ini adalah merupakan belia yang berumur dalam lingkungan 15 – 30 tahun yang menetap di lima zon di Malaysia, iaitu Zon Utara, Selatan, Timur, Tengah dan SQL. Hasil kajian mendapati, terdapat empat Identiti Nasional Belia Malaysia yang perlu dibentuk dan dimantapkan dalam usaha melahirkan belia Malaysia yang memiliki mentaliti kelas pertama, iaitu (1) empati; (2) progresif (3); integriti; serta (4) ihsan. Manakala, dari sudut penerapan dan pemerkasaan nilai murni, hasil kajian mendapati, terdapat sembilan (9) pendekatan terbaik yang boleh digunakan untuk menerapkan dan memperkasakan nilai murni dalam kalangan belia di Malaysia. Selain itu, hasil kajian juga menunjukkan, terdapat enam (6) medium komunikasi terbaik yang boleh digunakan dalam memastikan mesej dan maklumat nilai murni dapat disampaikan kepada golongan belia dengan efektif dan berkesan.

Kata Kunci: identiti nasional, belia, penerapan, pemerkasaan, nilai murni

muat turun

KLIK DI SINI UNTUK MUAT TURUN ARTIKEL PENUH

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.