- Home
- Pengumuman
- Uncategorised
Pengumuman
Bilangan Transaksi Aplikasi Dalam Talian Laman Web IYRES

Dikemaskini 15 Mei 2017
PENYELIDIKAN YANG DILAKSANAKAN OLEH IPPBM
TAHUN 2005
| BIL | BIDANG PENYELIDIKAN |
| 1. | Kajian Had Umur Keahlian dan Kepimpinan Persatuan Belia |
| 2. | Kajian Kesukarelawanan/Kebajikan/Kerja Amal |
| 3. | Kajian Sempena Hari Kemerdekaan |
| 4. | Laporan Kajian Pendapat Awam: Kajian Kesan Kenaikan Harga Minyak |
| 5. | Laporan Kajian Pendapat Awam: Program Realiti TV |
| 6. | Kajian Pendapat Awam IPTA / IPTS |
| 7. | Kajian Impak Penempatan Penggerak Rakan Muda |
PENYELIDIKAN YANG DILAKSANAKAN OLEH IPPBM
TAHUN 2006
| BIL | BIDANG PENYELIDIKAN |
| KAJIAN PENDAPAT AWAM ISU SEMASA | |
| 1. | Kajian Reaksi Terhadap Pengurangan Subsidi Minyak |
| 2. | Profil Pejabat Belia dan Sukan |
| KAJIAN IMPAK KEBERKESANAN PROGRAM | |
| 3. | Kajian Jejak Lepasan IKBN/ KKBN/ IKTBN |
| 4. | Kajian Sempena Majlis Penutup Perayaan Sambutan Hari Kemerdekaan ke – 49 / 2006 |
| 5. | Kajian Program PMTM-Ikhlas |
PENYELIDIKAN YANG DILAKSANAKAN OLEH IPPBM
TAHUN 2007
| BIL | BIDANG PENYELIDIKAN |
| KAJIAN PENDAPAT AWAM ISU SEMASA | |
| 1. | Kajian Pemerhatian MPEB |
| 2. | Kajian Kenaikan Gaji Kakitangan Awam |
| 3. | Kajian Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan 2007 |
| 4. | Kajian Pemerhatian Program Mass – Screening Talent ID |
| KAJIAN IMPAK KEBERKESANAN PROGRAM | |
| 5. | Kajian Impak dan Keberkesanan Program Rakan Muda Wawasan Desa |
| 6. | Kajian Impak dan Keberkesanan Program Komuniti Belia Remaja (Y2Y) |
| 7. | Kajian Penggunaan Kompleks Rakan Muda (Alor Gajah, Puchong, Kemaman, Larut Matang, Kiara) |
| 8. | Program Jati Diri Kesukarelaan Nasional (PJKN / PMTM) |
| 9. | Kajian Profil Pegawai Belia dan Sukan |
| 10. | Laporan Kajian Program Majlis Kecergasan Kebangsaan (NFC) |
| 11. | Kajian Sukarelawan Rakan Muda Antarabangsa- Kemboja 2007 |
PENYELIDIKAN YANG DILAKSANAKAN OLEH IPPBM
TAHUN 2008
| BIL | BIDANG PENYELIDIKAN |
| KAJIAN PENDAPAT AWAM ISU SEMASA | |
| 1. | Kajian Kestabilan dan Keamanan |
| KAJIAN IMPAK DAN KEBERKESANAN PROGRAM | |
| 2. | Kajian Impak dan Keberkesanan Program Rakan Muda Jiran Muda Fasa I & II |
| 3. | Kajian Impak dan Keberkesanan Program Komuniti Belia Remaja Y2Y |
| 4. | Kajian Impak dan Keberkesanan Program Rakan Muda Wawasan Desa IPT |
| 5. | Rakan Muda Fasa II Siri I |
| 6. | Kajian Impak Dan Keberkesanan Program Khidmat Masyarakat Skuad Sukarelawan Remaja Rakan Muda – UNICEF |
PENYELIDIKAN YANG DILAKSANAKAN OLEH IPPBM
TAHUN 2009
| BIL | BIDANG PENYELIDIKAN |
| KAJIAN ISU PEMBANGUNAN BELIA | |
| 1 | Kajian Gejala Sosial Di Kalangan Belia Malaysia |
| 2 | Kajian Profil Belia Malaysia |
| 3 | Kajian Profil Belia Malaysia- Pilot Study di Daerah Bera, Pahang |
| 4 | Kajian Profil Belia IPT Lembah Klang |
| 5 | Kajian Pemetaan Belia Malaysia |
| 6 | Kajian Penglibatan Belia dan Masyarakat Dalam Sukan dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM) |
| 7 | Bengkel Kajian Pengurusan Persatuan Belia Bersama MBM |
| 8 | Kajian Akta 668 di bawah Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia |
| 9 | Kajian Sosialisasi Politik |
| 10 | Kajian tinjauan umum ke atas Kementerian Belia dan Sukan |
| KAJIAN IMPAK KEBERKESANAN PROGRAM | |
| 1 | Kajian Impak dan Keberkesanan Program Khidmat Masyarakat Skuad Sukarelawan Remaja Rakan Muda- UNICEF |
| 2 | Kajian Penggunaan Kompleks Rakan Muda Baling, Kedah |
| 3 | Kajian Impak dan Keberkesanan Program Rakan Muda Wawasan Desa IPT (RMWD IPT) |
| 4 | Kajian Mengesan Bekas Pelajar Bagi Menentukan Tahap Pencapaian Misi Penubuhan IKBN Dari Aspek Mewujudkan Belia Yang Berkeusahawanan |
| 5 | Kajian Impak dan Keberkesanan Kem Rakan Muda Jiran Muda |
| 6 | Kajian Impak Keberkesanan Kursus Yang Dianjurkan oleh APBM |
| 7 | Kajian Impak Keberkesanan Perlaksanaan Kad Keahlian Rakan Muda |
| 8 | Kajian Kursus Yang Kurang Mendapat Sambutan Di IKBN/IKTBN/KKBN |
| 9 | Kajian Impak dan Keberkesanan Sisipan Yo! |
| 10 | Kajian Belia Bestari (Tinjauan Awal) |
| 11 | Kajian Kepuasan Pelanggan KBS |
| 12 | Kajian Program Jati Diri Kesukarelaan Nasional |
| 13 | Penilaian Program Latihan Asas Sukarelawan Rakan Muda |
| KAJIAN PENDAPAT AWAM ISU SEMASA | |
| 1 | Isu Ekonomi: Kajian Kewangan dan Kepenggunaan |
| 2 | Kajian Pendapat Awam Isu Semasa : Kesedaran Belia Terhadap Sambutan Hari Belia Negara Mengikut Negeri |
| 3 | Kajian Mat Rempit atau Samseng Jalanan |
| 4 | Kajian Kefahaman Warga KBS Terhadap Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan KRA |
PENYELIDIKAN YANG DILAKSANAKAN OLEH IPPBM
TAHUN 2010
| BIL | BIDANG PENYELIDIKAN |
| KAJIAN ISU PEMBANGUNAN BELIA | |
| 1. | Indeks Belia Malaysia (IBM’10) fasa 1 |
| 2. | Pemetaan Belia Malaysia’10 Fasa 1 |
| 3. | Fakta Belia Malaysia’10 Fasa 1 |
| 4. | Kajian Profil Belia Malaysia |
| 5. | Kajian Dasar Pembangunan Belia Negara |
| 6. | Analisa Data Bilangan Pengundi Di kalangan Belia Bagi Suku Tahun Kedua 2010 |
| KAJIAN IMPAK DAN KEBERKESANAN PROGRAM DAN PEMBANGUNAN FIZIKAL KBS | |
| 1. | Kajian Impak Pinjaman Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB) |
| 2. | Kajian ke atas Program Rakan Muda |
| 3. | Kajian Impak & Keberkesanan Program Khidmat Masyarakat Skuad Sukarelawan Remaja Rakan Muda – UNICEF |
| 4. | Penilaian Program Crime Awerness Team |
| 5. | Kajian Impak & Keberkesanan Skuad Muda – RELA 2010 |
| 6. | Kajian Jejak IKBN/KKBN/IKTBN 2010 |
| 7. | Kajian Kesan Pembinaan Gelanggang Futsal 1Malaysia Terhadap Minat Bersukan Dalam Kalangan Masyarakat |
| 8. | Kajian Keperluan Pengguna dan Potensi Industri Sukan |
| 9. | Kajian Impak Penganjuran Sukan (Formula 1 Petronas Malaysia GP) |
| 10. | Kajian Impak Penganjuran Sukan (Le Tour de Langkawi) |
| 11. | Kajian Impak Penganjuran Sukan (Piala Monsun) |
| 12 | Kajian Impak Penganjuran Sukan (Moto GP) |
| 13 | Kajian Gimnasium 1 Malaysia Penjana Gaya Hidup Cergas dan Sihat |
| 14. | Kajian Kepuasan Pelanggan 2010 : Cawangan Kualiti, Bahagian Khidmat Pengurusan |
| 15. | Penilaian Konvensyen Kelab Rakan Muda 2010 |
| KAJIAN PENDAPAT AWAM ISU SEMASA | |
| 1. | Hari Belia Negara 2010 kali ke- 42 |
| 2. | Persepsi Belia Terhadap Cadangan Pemansuhan PMR dan UPSR |
| 3. | Persepsi Terhadap Rasionalisasi Subsisdi Kerajaan di kalangan Generasi X |
| 4. | Persepsi Generasi Y Terhadap Isu Pembuangan Bayi |
| 5. | Belia dan Perancangan :KPI dan MKRA KBS |
| 6. | Kajian Mengenal pasti Tahap Kebimbangan Isu Jenayah di Kalangan Belia |
| KAJIAN SOSIALISASI POLITIK | |
| 1. | Persepsi Belia Terhadap Politik dan Analisa Keperluan Generasi Muda Setempat di Kota Siputeh, Kedah |
| 2. | Persepsi Belia Terhadap Politik dan Analisa Keperluan Generasi Muda Setempat di Kawasan Batu, WPKL |
| 3. | Persepsi Belia Terhadap Politik dan Analisa Keperluan Generasi Muda Setempat di Hulu Selangor |
| 4. | Persepsi Belia Terhadap Politik dan Analisa Keperluan Generasi Muda Setempat di Muar, Johor |
PENYELIDIKAN YANG DILAKSANAKAN OLEH IPPBM
TAHUN 2011
| BIL | BIDANG PENYELIDIKAN |
| KAJIAN ISU PEMBANGUNAN BELIA | |
| 1. | Indeks Belia Malaysia (IBM’10) Fasa II |
| 2. | Pemetaan Belia Malaysia Fasa II |
| 3. | Fakta Belia Malaysia Fasa II |
| KAJIAN SOSIALISASI POLITIK | |
| 1. | Kajian Pasca Pilihanraya DUN Galas, Kelantan |
| 2. | Kajian Pasca pilihanraya Parlimen Batu Sapi, Sabah |
| 3. | Kajian Sosialisasi Politik & Analisa Keperluan Belia di Kluang, Johor |
| 4. | Kajian Pola / Trend Politik & Analisisa Keperuan Belia di DUN N5 Tenang, Johor |
| 5. | Kajian Persepsi Belia Terhadap Politik & Analisa Keperluan Belia di DUN Kerdau, Pahang |
| 6. | Kajian Impak Politik & Analisa Keperluan Belia di DUN N27 Merlimau, Melaka |
| 7. | Kajian Pengaruh Sosial Media Terhadap Pengundi Kaum Cina di Sarawak : Kajian Kes DUN Pendang |
| 8. | Kajian Analisis Kualitatif Isu Pilihanraya Negeri Sarawak 2011 di DUN (N8) Satok, Sarawak |
| 9. | Kajian Analisis Kualitatif Isu Pilihanraya Negeri Sarawak 2011 di DUN (N18) Sadong Jaya, Sarawak |
| 10. | Kajian Analisis Kualitatif Isu Pilihanraya Negeri Sarawak 2011 di DUN (N18) Bengoh, Sarawak |
| KAJIAN IMPAK DAN KEBERKESANAN PROGRAM | |
| 1. | Kajian Penggunaan Ke atas Pembangunan Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Bentong, Pahang |
| 2. | Kajian Penggunaan Ke atas Pembangunan Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Tangga Batu, Melaka |
| 3. | Kajian Penggunaan Ke atas Pembangunan Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Ledang (Serom), Johor |
| 4. | Kajian Penggunaan Ke atas Pembangunan Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Lok Heng, Kota Tinggi, Johor |
| 5. | Kajian Penggunaan Ke atas Pembangunan Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor |
| 6. | Kajian Penggunaan Ke atas Pembangunan Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Pagoh (Kunang Hulu), Johor |
| 7 | Kajian Penggunaan Ke atas Pembangunan Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Sungai Siput, Perak |
| 8 | Kajian Penggunaan Ke atas Pembangunan Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Besut, Terengganu |
| 9 | Kajian Impak Program Belia Bestari (3K Belia Bestari) 2009-2010 |
| 10 | Kajian Impak Ekonomi Himpunan Sejuta Belia 2011 |
| 11 | Penilaian semula (review) dapatan kajian impak penganjuran sukan Formula One kepada impak Ekonomi Yang Dapat Dijana. |
| 12 | Penilaian semula (review) dapatan kajian impak penganjuran sukan le Tour DE Langkawi kepada impak Ekonomi Yang Dapat Dijana |
| 13 | Penilaian semula (review) dapatan kajian impak penganjuran sukan Moto GP kepada impak Ekonomi Yang Dapat Dijana. |
| 14 | Penilaian semula (review) dapatan kajian impak penganjuran sukan Monsup Cup kepada impak Ekonomi Yang Dapat Dijana. |
| 15 | Kajian “Tracer Study” Peserta Program Pembangunan Keusahawanan APBM Batu Gajah |
| 16 | Tracer Study penerima Biasiswa Sukan Persekutuan kementerian Belia dan Sukan |
| KAJIAN PENDAPAT AWAM ISU SEMASA | |
| 1 | Tinjauan Umum mengenai Senarai Hasrat Hati Generasi X yang mengharapkan Tindakan Kerajaan dan Bebanan Hidup generasi X di Malaysia. |
| 2 | Kajian Impak dan Keberkesanan Program : Himpunan Sejuta Belia 2011 – satu tinjauan |
| 3 | Pendapat awam mengenai Penubuhan Parlimen Belia |
PENYELIDIKAN YANG DILAKSANAKAN OLEH IPPBM
TAHUN 2012
| BIL | BIDANG PENYELIDIKAN |
| KAJIAN ISU PEMBANGUNAN BELIA | |
| 1. | Kajian Kefahaman Dan Persepsi Generasi Muda Terhadap Rasuah |
| 2. | Kajian Penerimaan & Pelaksanaan Akta Pertubuhan Belia Dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668) Oleh Pegawai Pelaksana Fasa |
| KAJIAN SOSIALISASI POLITIK | |
| 1. | Kajian Persepsi Politik Dan Isu-Isu Semasa Di Kalangan Pengundi Berdaftar Di P152 Kluang, Johor |
| 2. | Kajian Persepsi Politik Dan Isu-Isu Semasa Di Kalangan Pengundi Berdaftar di DUN N15 Maharani, Muar, Johor |
| 3. | Kajian Persepsi Politik Dan Isu-Isu Semasa Di KalanganPengundi Berdaftar Di DUN N16 Sg. Balang, Muar, Johor |
| 4. | Kajian Persepsi Politik Dan Isu-Isu Semasa Dalam Kalangan Generasi Belia Yang Berkhidmat Di Government Linked Company (GLC) Di Selangor |
| 5. | Kajian Persepsi Politik Dan Isu-Isu Semasa Dalam Kalangan Generasi Belia Yang Berkhidmat Di Badan Berkanun Persekutuan Di Selangor |
| 6. | Pilot Study Kajian Sosialisasi Politik Parlimen Jeli Dengan Menggunakan SMS |
| 7. | Pilot Study Kajian Sosialisasi Politik Parlimen Jeli Dengan Menggunakan SMS |
| 8. | Pilot Study Kajian Sosialisasi Politik Parlimen Jeli Dengan Menggunakan SMS |
| 9. | Pilot Study Kajian Sosialisasi Politik Parlimen Jeli Dengan Menggunakan SMS |
| 10. | Pilot Study Kajian Sosialisasi Politik Parlimen Jeli Dengan Menggunakan SMS |
| KAJIAN IMPAK DAN KEBERKESANAN PROGRAM | |
| 1. | Kajian Impak & Keberkesanan Program MyCorps Fasa II |
| 2. | Kajian Impak & Keberkesanan Program Anugerah Remaja Perdana Di Pusat Pemulihan Akhlak |
| 3. | Kajian Kepuasan Pekerja Kementerian Belia Dan Sukan |
| 4. | Analisis Keperluan Latihan 2013 |
| 5. | Kajian Corak Perbelanjaan Belia Bandar Di Malaysia Fasa I |
| 6. | Kajian Impak & Keberkesanan Program Transformasi Kerajaan (GTP) Terhadap Golongan Belia |
| 7 | Kajian Impak & Keberkesanan Program Tracer Study Peserta Program Belia Bestari 2011 |
| 8 | Kajian Impak & Keberkesanan Terhadap Pelaksanaan Portal VyREC |
| 9 | Penilaian Forum Generasi Muda 2012 |
| 10 | Kajian Impak & Keberkesanan Program Citra Ibadah |
| 11 | Kajian “Sports Industry In Malaysia: Contributions Towards The Malaysia Gross Domestic Product” Fasa I (Kajian Komprehensif Penilaian Program Sukan Untuk Semua) |
| 12 | Kajian Impak Ekonomi Himpunan Jutaan Belia 2012 |
| 13 | Kajian “Understanding Anxieties & Desires of Malaysia Youth” |
| 14 | Kajian Penilaian Program Perdana Leader Fellowship |
| KAJIAN PENDAPAT AWAM ISU SEMASA | |
| 1 | Kajian Persepsi Belia Terhadap Kepimpinan Negara |
| 2 | Kajian Persepsi Generasi Y Terhadap Cadangan Pelaksanaan Program Perdana Leader Fellowship |
| 3 | Kajian Persidangan Parlimen Belia Percubaan |
| 4 | Kajian Persepsi Belia Terhadap Pelancaran 1M4U |
PENYELIDIKAN YANG DILAKSANAKAN OLEH IPPBM
TAHUN 2013
| BIL | BIDANG PENYELIDIKAN |
| KAJIAN ISU PEMBANGUNAN BELIA | |
| 1. | Kajian Analisa Keperluan Hidup Belia Malaysia |
| 2. | Statistik Belia Malaysia 2012. |
| 3. | Kajian Ke Atas Aset Pembangunan Belia. |
| KAJIAN PENILAIAN DAN TINDAKAN | |
| 1. | Penilaian Program Liga Sukan Untuk Semua (LISUS) |
| 2. | Kajian Impak dan Keberkesanan Program Belia Bestari 2012 |
| 3. | Kajian Impak dan Keberkesanan Program Kejohanan Futsal 1Malaysia Parlimen Peringkat Kebangsaan 2012 |
| 4. | Pembentukan Modul & Kajian Kefahaman Penggunaan Pemetaan Belia Malaysia |
| 5. | Kajian Akta Pertubuhan Belia & Pembangunan Belia (Akta 668) kepada Pelaksana Fasa II |
| 6. | Kajian Impak dan Keberkesanan Program Kejohanan Future Explode KBS – Nusa Mahsuri Peringkat Kebangsaan 2012 |
| 7. | Kajian Kepuasan Pekerja Kementerian Belia dan Sukan (KBS). |
| 8. | Persepsi Industri Terhadap Lepasan IKBN/KKBN/IKTBN. |
| 9. | Penilaian Outcome Program Pembangunan Sukan OKU RMK10. |
| 10. | Kajian Impak Ekonomi dan Sosial Festival Belia Putrajaya |
| KAJIAN TINJAUAN | |
| 1. | Corak Perbelanjaan Belia Bandar Di Sarawak |
| 2. | Corak Perbelanjaan Belia Bandar Di Johor |
| 3. | Corak Perbelanjaan Belia Bandar Di Sabah |
| 4. | Corak Perbelanjaan Belia Bandar Di Pulau Pinang |
| 5. | Persepsi Belia Terhadap Program Transformasi Kerajaan (GTP). |
| 6. | Kajian Persepsi/ Reaksi Belia Terhadap Kepimpinan Negara (Fasa II) |
| 7 | Kajian Limpahan Bajet 2013 Terhadap Belia |
| 8 | Kajian Program “My Beautiful Malaysia Day” |
| 9 | Kajian Persepsi Belia Terhadap Manifesto BN |
| 10 | Kajian Sikap Belia Terhadap Aspek Integrasi Perpaduan Kaum: Satu Kajian Kes Di Iskandar, Johor |
| 11 | Kajian Profil & Gaya Hidup Belia Sempena hari Belia Peringkat Negeri Sembilan |
| 12 | Profil Kecergasan & Kesukarelaan Dikalangan Ahli Puspanita |
| 13 | Profil Belia Setempat Dalam Program Astro Fiesta Mesra Belia 1 Malaysia |
| 14 | Tinjauan & Kajian Lapangan Sosialisasi Politik Belia Fasa 1 |
| 15 | Kajian Pasca Pilihanraya Ke-13: Pandangan Generasi Muda |
PENYELIDIKAN YANG DILAKSANAKAN OLEH IPPBM
TAHUN 2014
| BIL | BIDANG PENYELIDIKAN |
| KAJIAN ASAS DAN GUNAAN | |
| 1 | Kajian Jejak Kepimpinan Rakan Muda |
| 2 | Kajian Ke Atas Pembangunan Aset Belia (Fasa II) |
| 3 | Statistik Belia Malaysia 2013 |
| 4 | Indeks Belia Malaysia 2015 (IBM15) |
| 5 | Indeks Belia Sabah 2014 (IBS14) |
| 6 | Pemetaan Belia Malaysia (Fasa 1) |
| 7 | Kajian Kos Sara Hidup dan Keperluan Hidup Belia Malaysia |
| KAJIAN PENILAIAN DAN TINDAKAN | |
| 1 | Kajian Penglibatan Orang kurang Upaya Dalam Program Pembangunan Sukan OKU Anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) |
| 2 | Kajian Budaya Sukan Dalam Kalangan Rakyat Malaysia |
| 3 | Kajian Rasionalisasi Subsidi (Fasa II) |
| 4 | Action Research On Crime, Gangsterisme and Youth In Malaysia |
| 5 | Kajian impak dan Keberkesanan Program 3K Belia Bestari 2013 |
| 6 | Kajian Penilaian Program Jati diri Kesukarelaan Nasional (PJKN) (pilot studies) |
| 7 | kajian Outcome Program Jati diri Kesukarelawan Nasional (PJKN) |
| 8 | Kajian Persepsi Industri Terhadap Lepasan IKBN |
| 9 | Kajian Penilaian Belia Pelbagai Peringkat Terhadap Penganjuran Hari Belia Negara dan Festival Belia Putrajaya 2014 |
| 10 | Kajian Persepsi Belia Terhadap Pemilikan Rumah |
| 11 | Kajian Pelaksanaan Parlimen Belia Malaysia |
| KAJIAN TINJAUAN | |
| 1 | Kajian Penilaian Penggunaan Sumber Secara Optima Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Hulu Langat |
| 2 | Penilaian Penggunaan Sumber Secara Optima di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Chembong |
PENYELIDIKAN YANG DILAKSANAKAN OLEH IPPBM
TAHUN 2015
| 1. | Kajian dan Penilaian Sambutan HBN Impak Sosial, Ekonomi dan Keusahawanan dan Penghayatan Terhadap Hari Belia Negara |
| 2. | Indeks Belia Malaysia 2015 |
| 3. | Kajian Profil Keusahawanan Sosial dalam Kalangan Belia Malaysia. |
| 4. | Penilaian Fit Malaysia |
| 5. | Penilaian Ke Atas Tahap Pemahaman Mengenai Dasar Belia Malaysia. |
| 6. | Pemetaan Belia Malaysia 2015 (Fasa I – Fasa IV) |
| 7. | Projek Strategi Intervensi bagi Menangani Isu Belia Berisiko Tinggi Di Wilayah Iskandar – IYRES & IRDA (Fasa I dan Fasa II) |
| 8. | Penilaian Belia Terhadap Dasar Belia Malaysia Sempena Townhall Kebangsaaan 2015 |
| 9. | Kajian Bagi Mengenalpasti Tahap Kesedaraan Belia Malaysia terhadap Gagasan Komuniti ASEAN pada tahun 2015 |
| 10. | Kajian Ke Atas Kesedaran Penerimaan dan Pengertian Dalam Parlimen Belia Malaysia |
| 11. | Kajian Program Felo Perdana 2015 |
| 12. | Kajian Penilaian Program 3K Belia Bestari 2014 |
| 13. | Kajian Aset Pembangunan Belia Malaysia |
| 14. | Kajian Tahap dan Strategi Kesejahteraan Patriotisme dalam kalangan belia Malaysia |
| 15. | Pembangunan Model Inovatif Bagi Program Keusahawanan Sosial Berteraskan Aktiviti Kemasyarakatan Di Kalangan Belia (UTM) |
| 16. | Pengaruh Kefungsian Keluarga Terhadap Tingkah Laku Devian Dalam Kalangan Belia Malaysia (UUM) |
| 17. | Kajian Strategi Kesejahteraan Ekonomi Dalam Kalangan Belia (UIAM) |
| 18. | Potensi Belia Luar Bandar Tidak Menyambung Pengajian Untuk Meningkatkan Tahap (UTHM) |
| 19. | Pendidikan Agama Islam dan Penglibatan Dalam Gerakan Islam Radikal di Kalangan Belia di Malaysia (UMK) |
| 20. | Behind The Scenes : The Bad And Ugly Side Of Modern Technology On Malaysia Youth (UTAR) |
| 21. | Aspirasi Kepimpinan Politik Negara Perspektif Belia Pelbagai Kaum (Akademi Belia) |
| 22. | Cyber Bullying Among Student In Higher Learning Institutation : Understanding The Current Situation (UTHM) |
| 23. | Pengaruh Islamic State (Is) : Kajian Potensi Penerimaan Dan Penolakan Di Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) Zon Utara (UUM) |
| 24. | Kajian Kecenderungan, Ekpektasi dan Potensi Belia Masa Kini |
| 25. | Kajian Stress Dalam Kalangan Belia Bekerja Di Malaysia |
| 26. | Kajian Pengaruh Televisyen Media Sosial Terhadap Belia |
| 27. | Kajian Permasalahan Sosial Dalam Kalangan Belia Masa Kini |
| 28. | Kajian Jejak Graduan Lepasan IKBN 2012/ 2014 Yang Menceburi Dalam Bidang Perniagaan |
| 29. | Kajian Usahawan Mikro Dan Usahawan Industri Sederhana Kecil (IKS). |
| 30. | Penilaian Kursus Kepegawaian Dalam Kalangan Pegawai Belia dan Sukan |
| 31. | Profil Golongan NEET (Not in Education, Employment and Trainning) |
| 32. | Kajian Sempena Sambutan Hari Sukan Negara 2015 |
| 34. | Kajian Jejak Keusahawanan Sosial Dalam Kalangan Belia Di Malaysia |
| 35. | Kajian Impak Pelaksanaan Bengkel T.O.T Pembimbing Insprasi Muda |
| 36. | Kajian Online Pasca Belanjawan 2016 |
| 37. | Workplace Intervention And Its Association With Health |
| 38. | Kajian Online Hari Sukan Negara |
Permohonan data atau sebarang pertanyaan boleh diajukan secara atas talian atau secara bertulis dan hantarkan ke alamat seperti berikut:
Ketua Pegawai Eksekutif,
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62570 Putrajaya.
E-mel : penyelidik[at]iyres.gov.my
Tel : 03 – 8871 3417
Faks : 03 – 8871 3342
Tuan/Puan juga boleh datang ke Pejabat IYRES di Putrajaya untuk sebarang perbincangan lanjut. Pautan ke Hasil Penyelidikan
Pautan ke Kertas Kerja Penyelidikan
Dasar e-Penyertaan ini bertujuan untuk memulakan budaya dan amalan e-penyertaan demi meningkatkan ketelusan dan penyertaan awam dalam mempertingkatkan mutu perkhidmatan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES). IYRES sentiasa mengiktiraf penglibatan awam bagi membolehkan agensi untuk meneroka perspektif yang lebih luas, sumber maklumat, dan penyelesaian yang berpotensi untuk meningkatkan keputusan dan perkhidmatan. Ia juga menyediakan asas bagi hubungan produktif, dialog dan perbincangan yang lebih baik, dan tadbir urus yang teratur.
Objektif e-Penyertaan adalah untuk melibatkan rakyat dalam dasar pembangunan dan proses membuat keputusan melalui penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi.
Oleh yang demikian, IYRES amat mengalu-alukan penyertaan dengan mematuhi terma dan syarat penyertaan yang telah ditetapkan seperti berikut:
1. Sebarang kenyataan yang menyentuh sensitiviti sesama kaum, agama dan politik adalah dilarang sama sekali.
2. Dilarang menjatuhkan maruah, menyerang peribadi & mengeluarkan kenyataan yang boleh menyinggung perasaan peserta yang lain.
3. Kawal kenyataan anda, elakkan dari mengeluarkan bahasa kesat dan kenegerian.
4. Tidak digalakkan bersembang atau menghantar ayat yang lari daripada topik utama.
5. Topik dan link ke laman web LUCAH adalah DILARANG sama sekali.
6. Pastikan kenyataan/topik anda tidak menyalahi peraturan ‘COPYRIGHT LAW’, ‘TRADEMARK’, ‘PATENT’ dan lain-lain.
7. DILARANG menggunakan ruangan e-Penyertaan ini sebagai tempat untuk menjalankan sebarang peraduan, skim piramid, skim cepat kaya, skim duit internet, surat berantai, e-mail sampah (junk e-mail) samada secara komersil atau sebaliknya.
8. Tidak dibenarkan memuat naik fail-fail yang mengandungi virus-virus komputer seperti virus “Trojan Horses”, “worms”, “time bombs”, “cancel boots” atau apa-apa sahaja perisian atau program-program yang boleh merosakkan operasi sesebuah komputer pengguna yang lain.
9. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan di dalam mana-mana keadaan tidak mengesahkan, menyokong, mewakili atau menjamin sebarang kebenaran, ketepatan atau kebolehpercayaan mana-mana kenyataan/topik yang di buat di dalam ruangan e-Penyertaan ini. Individu itu sendiri seharusnya faham bahawa sebarang risiko berhubung kebolehpercayaan sesuatu bahan di dalam ruangan ini adalah ditanggung oleh individu itu sendiri.
10. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda dan memadam mana-mana kenyataan/topik pada bila-bila masa tanpa memaklumkan kepada penulis kenyataan/topik berkenaan.
11. Pihak pentadbir ruangan e-Penyertaan berhak meminda Polisi dan Garis Panduan e-Penyertaan ini pada bila-bila masa tanpa sebarang pengumuman/notis.
12. Sebagai peserta atau mengeluarkan kenyataan dalam ruangan e-Penyertaan ini, anda termaktub dengan terma dan syarat Garis Panduan e-Penyertaan.
MAKLUMAT AKTIVITI
Tarikh : 22 Oktober 2016 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 2.00 petang
Tempat : Dewan Bandar Tun Razak, Muadzam Shah, Pahang
PENDAHULUAN
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mengadakan program Persidangan Meja Bulat Belia bagi Siri Ke-5 tahun 2016 yang bertajuk “Cabaran Isi Rumah B40 Belia Luar Bandar”. Persidangan ini telah diadakan pada 22 Oktober 2016 dengan kerjasama Gabungan Belia 4B Kawasan Rompin, Pahang bertempat di Dewan Bandar Tun Razak, Muadzam Shah, Pahang.
Persidangan kali ini melibatkan beberapa golongan intelektual yang terdiri daripada pegawai kerajaan, agensi kerajaan dan bukan kerajaan, pensyarah dan pelajar, ahli-ahli Gabungan Belia 4B Rompin serta belia sekitar kawasan Muadzam Shah, Rompin dan Kuantan. Persidangan ini lebih memfokuskan kepada perbincangan antara golongan belia dan pembentang/panel forum berkaitan isu kos sara hidup belia luar bandar serta peluang kerjaya bagi belia B40 yang juga merupakan tumpuan dalam RMKe-11.
OBJEKTIF PERSIDANGAN
Persidangan ini diadakan adalah bertujuan untuk:
Menyediakan platform kepada golongan belia untuk menyuarakan pandangan, maklum balas mahupun reaksi berkaitan isu ekonomi berkaitan kos sara hidup yang menjadi cabaran utama golongan belia luar bandar kategori B40; Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran dalam kalangan peserta berkaitan impak kesejahteraan ekonomi di kalangan generasi belia luar bandar dalam pembangunan negara terutama sekali dalam sektor perladangan dan pertanian; dan
Menghasilkan input untuk rujukan kepada pihak penggubal dasar dalam membuat perancangan strategik penambahbaikan kos sara hidup belia luar bandar kategori B40.
ATURCARA
Perjalanan program Persidangan Meja Bulat Belia ini adalah seperti berikut: 08.30 pagi - Pendaftaran Peserta
09.00 pagi - Taklimat Moderator
ENCIK ASRULLAH AFFENDI ABDULLAH
Ketua Penerangan
Majlis Belia Felda Wilayah Kuantan
09.30 pagi - Bacaan Doa
- Ucapan Aluan
Y.BRS. CIK AZURA ABIDIN
Pengurus Bahagian Perancangan Dan
Penyelidikan IYRES
- Ucapan Perasmian
YB DATO’ WAN KHADRI WAN MAHUSSIN
ADUN Bukit Ibam
10.30pagi - PEMBENTANGAN I
ENCIK ABDUL HALIM ABDUL AZIZ
Seksyen Pengagihan, Unit Perancang Ekonomi
“Menangani Kos Sara Hidup Kumpulan Isi
Rumah B40 dari Perspektif RMKe 11”
- Sesi Soal Jawab bagi Pembentangan I
10.30pagi - SESI FORUM
- Ahli Panel I
PUAN NUR ALIYAH AZIZI
Pensyarah,Politeknik Muadzam Shah
“Peranan Belia Dalam Mencorak Ekonomi Negara”
- Ahli Panel II
ENCIK ZAID HARIS FADILAH
Ketua Cawangan KPDNKK Cawangan Rompin
“Belia Sebagai Pengguna Yang Bijak”
- Ahli Panel III
ENCIK SHARIM MD ZAIN
Pengerusi
Majlis Belia Felda Wilayah Kuantan
“Cabaran Dan Harapan Generasi Baru Felda”
- Sesi Soal Jawab Forum
12.30tgh - Pembentangan Maklum Balas(Wish List)
Persidangan Meja Bulat Belia – Cabaran Isi Rumah
B40 Belia Luar Bandar oleh Moderator
- Penyerahan Dokumen Persidangan Meja Bulat
Belia kepada wakil Kementerian
- Majlis Penutup
KEHADIRAN DAN PENYERTAAN
Secara keseluruhannya, penyertaan bagi Persidangan Meja Bulat Belia: “Cabaran Isi Rumah B40 Belia Luar Bandar” adalah seramai 74 orang peserta, seorang pembentang kertas kerja dan 3 orang panel forum. Butiran terperinci adalah seperti berikut:
Tetamu Kehormat : YB Wan Khadri Wan Mahussin
ADUN Bukit Ibam
Moderator : Encik Asrullah Affendi Abdullah
Ketua Penerangan
Majlis Belia Felda Wilayah Kuantan
Pembentang : Encik Abdul Halim Abdul Aziz
Seksyen Pengagihan, Unit Perancang Ekonomi
Panel Forum : 1. Puan Nur Aliyah Azizi
Pensyarah
Politeknik Muadzam Shah
2. Encik Zaid Haris Fadillah
Ketua Cawangan KPDNKK
Cawangan Rompin
3. Encik Sharim Md Zain
Pengerusi Majlis Belia Felda
Wilayah Kuantan
RUMUSAN PERSIDANGAN
Secara keseluruhan, peserta Persidangan Meja Bulat Belia yang bertemakan “Cabaran Isi Rumah B40 Belia Luar Bandar” telah bersama-sama berbincang secara aktif dan menyuarakan pandangan serta pendirian berkaitan isu kos sara hidup yang kian meruncing di Malaysia. Hasil perbincangan dan pandangan tersebut telah berjaya dikumpuldan direkodkan sebagai maklum balas (wish list) persidangan.
Persidangan ini telah menghasilkan 6 maklum balas (wish list) seperti berikut:
Belia Malaysia dan peserta persidangan telah bersetuju menerima, melaksana dan menggesa beberapa saranan untuk tindakan seperti berikut :
1. Memudahkan dokumentasi pemilikan rumah kepada golongan belia B40 yang tiada penyata gaji oleh pihak kerajaan (pengurusan FELDA) / koperasi / bank;
2. Memberikan keutamaan peluang pekerjaan di luar bandar (terutama di dalam felda) kepada belia tempatan berbanding dimonopoli oleh pekerja warga asing;
3. Memperluas pemilikan rumah dalam kalangan belia luar bandar secara sewa beli dengan menambah unit perumahan kos rendah kepada belia luar bandar;
4. Mewujudkan peluang pekerjaan dalam sektor industri di luar bandar bagi mengurangkan migrasi belia luar bandar ke bandar;
5. Mewujudkan saluran bagi memudahkan golongan belia luar bandar mendapat peluang-peluang pekerjaan, perniagaan dan pendidikan (formal dan tidak formal); dan
6. Mewujudkan satu platform bagi membawa suara-suara belia tempatan dalam membuat sesuatu keputusan berhubung masa depan mereka.
Sehubungan itu, belia luar bandar DIGESA agar:
1. Menguasai kemahiran yang khusus dalam sesuatu bidang yang apabila diperlukan golongan belia tempatan mampu diketengahkan;
2. Menawarkan kepakaran diri kepada komuniti tempatan dan menjana pendapatan melalui kemahiran yang dikuasai;
3. Menanam semangat kental dan fokus terhadap usaha yang dilakukan dalam memajukan ekonomi diri, keluarga dan komuniti setempat;
4. Mengetahui hak-hak sebagai pengguna/warganegara supaya tidak ditindas oleh pihak yang tidak bertanggungjawab;
5. Mengukuhkan pendapatan ekonomi keluarga bagi mengurangkan isu sosial yang boleh memudaratkan institusi kekeluargaan;
6. Memberikan sokongan kepada banduan belia dalam menjalani kehidupan dengan menggunakan kemahiran yang mereka pelajari dalam tempoh kelompok ini menjalani hukuman;
CADANGAN TINDAKAN SUSULAN KE ATAS RESOLUSI
Resolusi persidangan meja bulat belia ini akan dipanjangkan untuk tindakan lanjut Bahagian Dasar KBS, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengikut kesesuaian.
Adalah dicadangkan agar resolusi tersebut dapat memandu Kementerian/Bahagian/Agensi yang berkaitan untuk merangka dan mewujudkan pelan tindakan menangani kos sara hidup belia luar bandar yang dikategorikan dalam B40 yang bersesuaian.
PENILAIAN PELAKSANAAN PERSIDANGAN
. Penilaian pelaksanaan persidangan telah dibuat melalui borang penilaian program yang dilengkapkan oleh peserta. Adalah didapati bahawa 79.7% peserta persidangan bersetuju bahawa objektif persidangan ini telah tercapai. Manakala 75.4% daripada peserta menyatakan penceramah yang dijemput mempunyai pengetahuan yang baik dengan tajuk program dan 69.6% bersetuju bahawa topik yang dibentangkan adalah memuaskan.
Antara cadangan dan harapan para peserta untuk penambahbaikan program adalah seperti berikut:
1. Usul yang dibentangkan (wish list) dapat memberi ruang dan peluang kepada golongan belia luar bandar untuk meningkatkan ekonomi dan taraf hidup mereka;
2. Mengadakan persidangan secara berkala agar maklumbalas ke atas setiap resolusi persidangan dilaporkan;
3. Komunikasi dua hala di antara penceramah/panel forum dengan peserta program perlu dipertingkatkan;
4. Program seperti ini perlu diteruskan lagi di masa hadapan bagi memberikan pendedahan kepada belia; dan
5. Memperuntukkan lebih masa untuk sesi perbincangan dan soal jawab supaya peserta dapat memahami isu dengan lebih terperinci. PENUTUP
Persidangan Meja Bulat Belia bertemakan “Cabaran Isi Rumah B40 Belia Luar Bandar” telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan aktif daripada pelbagai pihak merangkumi belia luar bandar, pegawai kerajaan, pensyarah dan pelajar, ahli-ahli Gabungan Belia 4B Rompin dan belia sekitar kawasan Muadzam Shah, Rompin dan Kuantan serta penyertaan agensi kerajaan/swasta.
Dapatan penilaian program menunjukkan bahawa Persidangan Meja Bulat Belia: “Cabaran Isi Rumah B40 Belia Luar Bandar” ini telah memenuhi keperluan belia dan ianya wajar diteruskan pada masa akan datang dengan bertemakan isu-isu yang selaras dengan keperluan semasa.
Disediakan Oleh :
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Kementerian Belia Dan Sukan
- PERSIDANGAN MEJA BULAT BELIA : “TVET SATU PILIHAN”
- TAWARAN SEBAGAI PENGKODAN DATA PROFIL BELIA KE DALAM SISTEM E-BELIA SECARA SAMBILAN
- TAWARAN PENGAMBILAN ENUMERATOR SECARA SAMBILAN BAGI PELAKSANAAN KAJIAN HARI SUKAN NEGARA 2016 (HSN’16)
- SENARAI ARTIKEL MALAYSIAN JOURNAL OF YOUTH STUDIES BERDASARKAN TEMA
