kbs Agency under the Ministry of Youth and Sports Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Other Language   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Peserta Program Pengusaha Perabot

Peserta Program Pengusaha Perabot

Pengenalan

Malaysia adalah salah satu daripada sepuluh pengeluar perabot kayu terbesar di dunia. Untuk menggalakkan penglibatan lebih ramai usahawan bumiputera di dalam industri perusahaan perabot tempatan dan pengeluaran perabot antarabangsa, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) akan menganjurkan:

Program Usahawan Perabot Bumiputera Anjuran MTIB

Tempoh Program: 3 bulan, dari Mei 2016

Bayaran: Percuma (elaun bulanan disediakan) 

Lokasi Program: Muar (tempat penginapan disediakan)

Peserta-peserta program ini akan mempelajari:

  • Pengenalan Kepada Industri Perabot dan Keusahawanan
  • Pembangunan Produk dan Pemasaran
  • Pengurusan Kewangan dan Operasi Perniagaan
  • Rancangan Perniagaan
  • Latihan Dalam Kilang: pengalaman ‘hands-on’ pengusaha perabot

Dengan adanya pelbagai bantuan dari kerajaan serta bimbingan daripada pengusaha-pengusaha industri ini, setiap peserta akan dibimbing sehingga bersiap sedia untuk menjadi teknousahawan dan mendirikan perniagaan dalam industri berdaya maju ini.

Anda tidak perlu handal membuat perabot sebelum anda menceburi bidang ini. Tiada masalah jika anda kurang fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris. Pencapaian akademik juga bukanlah kunci kejayaan usahawan perabot, tetapi sikapnya! Asalkan anda bersikap cekal dan berdaya usaha, usahawan-usahawan dalam industri ini sudi membimbing anda sehingga berjaya. Banyak usahawan perabot di Malaysia yang berhenti sekolah pada sekolah rendah atau menengah rendah. Namun, mereka akhirnya mencapai kejayaan yang hebat disebabkan semangat yang berani mencuba dan membaharui. 

Jangan tunda impian anda, biarlah kami menolong anda menjadi teknousahawan muda yang berjaya!

Untuk permohonan, sila menghantar resume anda ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it., This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. dan This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau hubungi Professor Dr. Raja Suzana di talian 016-337 4434 dan Cik Foo di talian 019-2861543 sebelum 10 April 2016.

Calon yang layak akan dijemput untuk menghadiri sesi Taklimat dan Temuduga:

Taklimat dan Temuduga Program Usahawan Perabot Bumiputera

Tarikh: 12 April 2016 (Selasa)

Masa: 2:00 petang

Tempat : Muar Furniture Association, No.38, Level 1, Wisma MFA, Taman Tun Dr. Ismail 1, Jalan Bakri, 84000 Muar, Johor.

 Sila layari: http://www.carikerja.com.my/peserta-program-pengusaha-perabot.htm

Penganjur program ini, Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) ialah sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Perusahaan Utama. MTIB ditubuhkan untuk memantapkan lagi pertumbuhan industri perkayuan secara mapan melalui pewujudan persekitaran yang kondusif dan perkhidmatan berkualiti yang berterusan.

STRATEGIC PARTNERS

iyres.svg

INSTITUTE FOR YOUTH RESEARCH MALAYSIA

Level 10, KBS Tower, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Federal Government Administrative Centre,
62570 Putrajaya.

Phone : +603-8871 3417 
Fax : +603-8871 3342 
Email : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institute for Youth Research Malaysia (IYRES)
All rights reserved. Best viewed on the latest versions of Chrome, Firefox, Edge, Safari.