Sebuah program yang dilaksanakan untuk membentangkan hasil kajian pembangunan belia Malaysia. Kajian-kajian yang dibentangkan ini merangkumi hasil kajian IYRES serta kajian-kajian yang dilaksanakan oleh pihak luar. Kajian yang dicadang untuk dibentangkan pada persidangan tersebut adalah berdasarkan tema program dan jumlah bilangan kajian yang diperlukan.
- Objektif am pelaksanaan YOURS:
- Menyediakan platform dalam kalangan ahli akademik, penyelidik sosial dan individu perseorangan bagi berkongsi hasil kajian dengan pelbagai pihak berkepentingan dalam pembangunan belia;
- Mewujudkan ruang perkongsian idea dan medan perbincangan intelektual; dan
- Membantu IYRES dalam menyebarluaskan input pembangunan belia kepada golongan belia yang berminat dengan penyelidikan belia.
- Kaedah pelaksanaan YOURS:
- Program tersebut akan dilaksanakan mengikut beberapa sesi selari yang akan dikendalikan oleh moderator/fasilitator yang dilantik. Setiap sesi selari akan melaksanakan pembentangan daripada penyelidik yang dijemput mengikut sub tema yang ditetapkan. Pada akhir sesi ini , soal jawab oleh peserta kepada pembentang akan dibuka. Diakhir program akan diadakan sesi rumusan dan keputusan oleh pihak IYRES. Kajian-kajian yang telah dibentangkan akan dimasukkan ke dalam Malaysia Journal of Youth Studies (MJYS) pada edisi akan datang.
- Outcome YOURS:
- Penyerlahan potensi dalam menyediakan platform perbincangan isu pembangunan belia Malaysia.
- Meningkatkan jaringan kerjasama antara penyelidik IYRES dan penyelidik pembangunan belia Malaysia.
- Mengumpul dokumen penyelidikan pembangunan belia untuk dijadikan input penyebarluasan penerbitan IYRES.