kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Penglibatan belia dalam radikalisme membimbangkan - TPM Zahid

PUTRAJAYA: Penglibatan golongan belia dalam gerakan radikalisme di negara ini didapati agak membimbangkan ekoran 80 peratus daripada tangkapan yang dibuat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 20 September tahun lalu melibatkan mereka yang di bawah umur 40 tahun.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sehubungan itu, satu garis panduan mengenai Pencegahan Fahaman Ekstremisme dan Radikalisme dalam Kalangan Masyarakat telah dihasilkan dalam usaha memberi pengetahuan, pendedahan dan panduan kepada semua mengenai ancaman gerakan berkenaan.

"Kajian komprehensif yang telah dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah dapat mengenal pasti tahap kecenderungan penglibatan dan sokongan belia Malaysia terhadap aktiviti dan gerakan kumpulan ISIS @ Daish daripada aspek profil demografi dan psikologi dan seterusnya memetakan faktor-faktor yang menyebabkan belia di Malaysia tertarik mengikuti kumpulan ISIS," katanya dalam satu kenyataan sempena Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembangunan Belia di sini, hari ini.
Sehubungan itu jelasnya, pelbagai program pencegahan gerakan radikalisme telah dirangka oleh Kementerian Belia dan Sukan untuk dikordinasi secara bersepadu bersama kementerian dan agensi yang lain antaranya, menerusi pendekatan media sosial.

"Aspek pencegahan umum diberi keutamaan di mana strategi yang diketengahkan ialah mengoptimumkan peranan media sosial yang digunakan pihak luar untuk mempengaruhi golongan belia.

"Penyampaian 'narrative content' yang dibuat dalam bentuk kreatif dan digital kerana golongan belia lebih tertarik dengan pendekatan inovatif," katanya.

Tambahnya, penglibatan generasi belia bersama-sama kerajaan perlu dimantapkan lagi untuk mengetepikan sebarang pengaruh negatif bagi memastikan usaha memartabatkan Malaysia sebagai 20 negara terbaik dunia tercapai menerusi Dasar Transformasi Nasional 2050.

 

Sumber : Astro Awani , 9 Mac 2017

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.