kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Hubungan Dua Hala IYRES Dan Bank Negara Malaysia

20170417 bnm
KUALA LUMPUR, 17 APRIL 2017 – Sebagai sebuah institusi yang berfungsi sebagai pusat penyelidikan berkaitan pembangunan belia di Malaysia, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah melebarkan jaringan hubungan melalui usahasama berkonsepkan Blue Ocean Strategy yang menggabungkan pelbagai agensi bagi tujuan pengumpulan data dan perkongsian maklumat yang boleh dimanfaatkan untuk penyelidikan pembangunan belia Malaysia. IYRES bersama Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA), Kementerian Sumber Manusia telah mengadakan satu kunjung hormat ke Jabatan Perkhidmatan Statistik, Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tujuan perkongsian maklumat dan kerjasama secara berterusan demi pembangunan belia Malaysia. Melalui jaringan kerjasama ini usaha IYRES untuk meningkatkan dapatan data belia bagi dimuatnaik dalam Ydata@IYRES bagi pelbagai kategori akan lebih efisyen dan lebih menyeluruh serta sentiasa mempunyai data-data yang terkini.

Gambar atas, berdiri dari kiri: Cik Nur Azin Azlina Razali (IYRES), Pn. Shahhanim Yahya (IYRES), Pn. Mastura Mohamad (IYRES), En. Yew Tek Wooi (BNM), En. Baharuddin Mamat (BNM), En. Kumaresan a/l Manikam (ILMIA), En. Shah Romnizam Ramli (IYRES), En. Tai Chin Chuen (BNM).

Disediakan oleh:
Siti Nur Hidayah Ismail
sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:
Wan Nor Iza Mohd Nor
nor.iza[at]iyres.gov.my

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.