- Laman Utama
- Berita Terkini
- Sambutan Majlis Hari Raya Taska Permata KBS
Sambutan Majlis Hari Raya Taska Permata KBS
Putrajaya, 26 Julai 2017 : Biro Pendidikan & Pembangunan Keluarga PUSPANITA Cawangan KBS dengan kerjasama Bahagian Khidmat Pengurusan, KBS telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Bersama Anak-anak Taska PERMATA KBS bagi meraikan anak-anak asuhan dan juga tenaga pengajar Taska PERMATA, KBS.
Majlis turut diserikan dengankehadiran YBhg Dato' Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan sukan dan juga Pengerusi PUSPANITA Cawangan KBS, YBhg Datin Wan Razanawani binti Wan Zakaria. YBhg Dato' Lokman Hakim bin Ali dan YBhg Datin Wan Razanawani binti Wan Zakaria juga turut mengambil kesempatan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 115 orang anak-anak Taska PERMATA KBS.
Majlis yang telah dihadiri lebih kurang 300 tetamu yang terdiri daripada ibu bapa dan warga KBS tersebut dimeriahkan lagi dengan persembahan lagu dan lakonan Hari Raya Aidilfitri oleh anak-anak Taska PERMATA KBS.