- Laman Utama
- Berita Terkini
- Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) Dan Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) Wujud Ruang Kerjasama
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) Dan Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) Wujud Ruang Kerjasama
PUTRAJAYA, 7 OGOS 2017 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan Institut Wasatiyyah Malaysia (IWM) berhasrat untuk mewujudkan ruang kerjasama dalam aspek penyelidikan dan kajian mengenai kesedaran Wasatiyyah dalam kalangan belia. Perkara ini dinyatakan semasa sesi kunjungan hormat oleh IYRES ke IWM. Sesi yang dipengerusikan oleh Pengarah IWM iaitu YBhg. Dato’ Hj. Mohd. Yusof Bin Din menyatakan kesedaran Wasatiyyah ini perlu disebarluaskan dalam kalangan masyarakat umumnya dan belia khususnya bagi mewujudkan komuniti Malaysia yang harmoni tanpa mengira kaum dan agama.
IWM turut menyatakan hasrat untuk berkolaborasi dengan IYRES dalam penerbitan jurnal serta pelaksanaan program-program berkaitan Wasatiyyah dalam usaha mendepani isu-isu belia seperti ancaman radikalisme & ekstremisme serta penggunaan teknologi tanpa sempadan. Peluang kerjasama ini diharapkan dapat memperkasa belia yang tidak terhad kepada kecemerlangan fizikal semata-mata, tetapi juga fokus kepada pembentukan sahsiah dan spiritual belia.
Disediakan oleh:
Siti Nur Hidayah Ismail
sitinurhidayah[at]iyres.gov.my
Disunting oleh:
Zuarini Jumai
zuarini[at[iyres.gov.my