- Laman Utama
- Berita Terkini
- ‘Risiko Ketagih Skrin’ Fokus Travelog Ilmu Siri 4/ 2017
‘Risiko Ketagih Skrin’ Fokus Travelog Ilmu Siri 4/ 2017
PUTRAJAYA, 7 DISEMBER 2017 – Risiko Ketagih Skrin menjadi fokus Travelog Ilmu Siri 4/ 2017 anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) yang telah diadakan pada 6 Disember 2017 bertempat di Galeri KBS. Risiko Ketagih Skrin perlu diberi perhatian yang serius oleh masyarakat terutamanya yang melibatkan generasi muda kerana ia memberi kesan yang besar terhadap emosi dan sahsiah mereka.
Perkara ini telah diakui oleh Prof. Madya Dr. Hanina Halimatusaadiah Hamsan Pensyarah Kanan daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) yang menyatakan kesan ketagih skrin antaranya boleh merosakkan sel-sel otak yang disebabkan oleh pendedahan berlebihan terhadap penggunaan gajet dan teknologi. Selain itu,
Sementara itu, seorang lagi panel iaitu Dr. Mohd. Azul Mohamad Salleh, Pensyarah daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) turut menekankan pentingnya pengawalan dan pemantauan yang kerap oleh ibu bapa terhadap penggunaan gajet dan teknologi bagi memastikan anak-anak mereka tidak terlibat dalam gejala-gejala yang negatif.
Disediakan oleh:
Siti Nur Hidayah Ismail
sitinurhidayah[at]iyres.gov.my
Disunting oleh:
Zuarini Jumai
zuarini[at]iyres.gov.my