- Laman Utama
- Berita Terkini
- PELAKSANAAN DATA RAYA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS) TERUS DIPERKASA
PELAKSANAAN DATA RAYA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN (KBS) TERUS DIPERKASA
PUTRAJAYA, 30 OGOS 2018 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) yang berperanan sebagai sekretariat utama bagi pelaksanaan Data Raya Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kini telah bersedia untuk mempersiapkan KBS ke arah pelaksanaan data raya sebagai inisiatif mendepani Revolusi Industri 4.0. Melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pasukan Kerja Data Raya KBS Bil.2/ 2018 pada 30 Ogos 2018, IYRES telah membentangkan semua hasil yang diperoleh semasa Bengkel Pembentukan Modul Analisa Data Raya KBS yang telah dilaksanakan pada bulan Jun 2018.
Selain itu, melalui mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs. Pn. Ramona Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS ini turut meneliti dan memperhalusi cadangan dan pandangan yang sesuai bagi memperkasakan lagi pembentukan Sistem Data Raya KBS.
Semoga Sistem Data Raya KBS ini bukan sahaja dapat memudahkan pemegang-pemegang taruh belia khususnya dan masyarakat amnya memperoleh statistik dengan pantas malah boleh merangka serta melaksana program-program pembangunan belia yang sesuai dan berkualiti.
Disediakan oleh:
Siti Nur Hidayah Ismail
sitinurhidayah[at]iyres.gov.my
Disunting oleh:
Noor Afifah Johari
afifah[at]iyres.gov.my