kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

TERENGGANU DAN KEDAH PENUTUP SESI TOT INDEKS BUDAYA SUKAN MALAYSIA 2019 (IBSM’19) SELURUH MALAYSIA

PUTRAJAYA, 26 APRIL 2019 – Sesi taklimat Training of Trainers (T.O.T) bagi enumerator Kajian Indeks Budaya Sukan Malaysia 2019 (IBSM’19) oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) selesai dilaksanakan apabila Negeri Kedah dan Terengganu menjadi negeri terakhir bagi sesi tersebut pada 26 April 2019. Sesi T.O.T ini melibatkan seramai 216 orang enumerator seluruh Malaysia yang telah memohon melalui laman web IYRES. Sesi ini merupakan antara elemen penting dalam proses penyelidikan bagi memastikan enumerator melaksanakan kerja pengumpulan data kajian dengan lebih efisien dan dapat memastikan data yang diperolehi adalah data yang boleh dipercayai. Kajian ini merupakan kali kedua dilaksanakan bagi menilai outcome IBSM bagi tahun 2019. Proses pengumpulan data kajian ini berlangsung selama dua minggu di semua negeri dan dijangka selesai sepenuhnya pada 9 Mei 2019. Pelaksanaan seterusnya akan disusuli dengan analisa data pada bulan Jun 2019.

Sepanjang sesi T.O.T dan kajian lapangan berlangsung, IYRES telah menerima kerjasama yang baik daripada semua Jabatan Belia dan Sukan di peringkat negeri yang menjadi pemudah cara dalam menjayakan pelaksanaan Kajian IBSM’19.

Disediakan oleh:
Siti Nur Hidayah Ismail
sitinurhidayah[at]iyres.gov.my

Disunting oleh:
Asnida Abd. Hamid
asnida.hamid[at]iyres.gov.my

 

       

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.