kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

MAJLIS PERHIMPUNAN MESRA BULANAN IYRES BULAN JULAI

20200727 perhimpunaniyres

 

PUTRAJAYA, 27 Julai 2020: Majlis Perhimpunan Mesra Bulanan IYRES yang ketujuh bagi tahun 2020 telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Tingkat 10, Menara KBS. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu Perkhidmatan Awam, diikuti bacaan doa oleh saudara Muhammad Azeem Abd. Aziz.  

Majlis diteruskan dengan ucapan aluan dan amanat oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) IYRES berkenaan ketetapan norma baharu dalam pengurusan pasca-Covid-19. Seterusnya KPE mengumumkan penerima Anugerah Tokoh Cemerlang bulan Julai iaitu Puan Rozahidah Roslee, Eksekutif Penyelidik dan En. Muhammad Azeem Abd. Aziz, Penolong Eksekutif Penyelidik, kedua-duanya berkhidmat di Cawangan Penyelidikan.

Tahniah diucapkan ke atas perkhidmatan kerja yang cemerlang dan semoga prestasi yang cemerlang ini dapat diteruskan dalam meningkatkan mutu kerja perkhidmatan awam. Majlis diakhiri dengan sambutan hari lahir dan jamuan makan tengahari.

 

Disediakan oleh :
Cik Hamizah Sahharon
Eksekutif Komunikasi Korporat

Disemak oleh :
Dr. Jamali Samsuddin
Ketua Eksekutif Penyelidik Kanan

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.