kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

BENGKEL TECHNICAL WORKING GROUP (TWG) 5.0 2020

20200907 TWG 50

 

BANGI, 27-28 Ogos 2020: BENGKEL TECHNICAL WORKING GROUP (TWG) 5.0 2020

Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah menganjurkan Bengkel Technical Working Group (TWG) 5.0 2020 yang telah berlangsung selama dua hari bermula 27 hingga 28 Ogos di Hotel Tenera, Bangi. Bertemakan tema 'Wake Up & Smell the Coffee! Shifting Mindset', bengkel ini memfokuskan kepada penerokaan idea baharu bagi mencari solusi terhadap isu dan cabaran belia semasa.

Bengkel yang dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri KBS, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal ini selaras dengan konsep merentas kumpulan pelaksana yang digariskan dalam Dasar Belia Malaysia 2015. Peserta dipecahkan kepada lima kumpulan dengan tajuk 30,000 Feet in the Air, Catch 22, Lip Service, Who Has the Balls? dan Mismatched Couple bagi membincangkan isu belia berkaitan politik, ekonomi, sosial, teknologi dan kesihatan belia Malaysia.

Bengkel ini ini melibatkan kementerian, agensi, NGO, Persatuan Belia, syarikat korporat serta pemegang taruh yang berkaitan dengan pembangunan belia. Matlamat akhir yang ingin dicapai melalui platform ini adalah untuk menyediakan input Rancangan Malaysia Ke-12 bagi agenda pembangunan belia Malaysia. Hasil rumusan dari lima pembentangan hari ini telah menggariskan beberapa solusi iaitu kesedaran, pendedahan & visibility, kebolehcapaian, kesediaan, advokasi, interaksi/penglibatan, pencegahan, promosi dan sokongan terhadap pembangunan belia Malaysia. Perubahan ini memerlukan perubahan minda dari golongan masyarakat persekitaran seperti keluarga dan komuniti setempat.

Turut hadir ialah YBrs. Tuan Haji Jais Abdul Karim, Ahli Lembaga Pengarah IYRES, Pegawai-pegawai Kanan Kementerian Belia dan Sukan, Focal Points TWG 5.0, Ahli Think Tank IYRES, NGO, fasilitator daripada Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI), Youth Trust Foundation (myHarapan), International Relation Malaysian Youth Council, Publicis Emil, dan Persatuan Sokongan dan Kesedaran Penyakit Mental (MIASA).

Acara berakhir dengan penyampaian anugerah sijil dan hadiah kepada fasilitator oleh Ketua Pegawai Eksekutif IYRES, Dr. Vellapandian Ponnusamy.

 

Disediakan oleh :
Cik Hamizah Sahharon
Eksekutif Komunikasi Korporat

Disemak oleh :
Dr. Jamali Samsuddin
Ketua Eksekutif Penyelidik Kanan

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.