kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

JALINAN KERJASAMA STRATEGIK ANTARA INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA (IYRES) DAN YAYASAN PENERAJU PENDIDIKAN BUMIPUTERA

20201102 Jalinan Kerjasama IYRES dan Peneraju

PUTRAJAYA, 30 Oktober 2020: Sesi perbincangan jalinan kerjasama strategik antara Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera buat julung kalinya telah diadakan secara dalam talian melalui Google Meet pada 30 Oktober 2020.   

Sesi perbincangan ini dihadiri oleh dua orang pegawai Yayasan Peneraju iaitu Puan Anis Akmal Ab. Rahman, Pengarah Bersekutu (Perancangan Strategik) dan Puan Akmal Zulkifli, Pegawai Kanan (Perancangan Strategik). Turut hadir bagi mewakili IYRES ialah Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif; Gs. Dr. Saripah Osman, Pengurus Bahagian Perancangan dan Penyelidikan; Pn. Nuurul Mizaan Ya'cob, Eksekutif Penyelidik Kanan; Pn. Nur Diyana Nadirah Mohd Hadi, Eksekutif Penyelidik serta Cik Hamizah Sahharon, Eksekutif Komunikasi Korporat.

Tujuan sesi ini diadakan adalah bagi membincangkan peluang kerjasama seterusnya menjalinkan hubungan baik antara kedua belah pihak dalam perkongsian data dan maklumat serta inisiatif-inisiatif yang bersesuaian. Antara cadangan yang diketengahkan adalah pelantikan focal point Yayasan Peneraju untuk sistem eMYInd, analisa data, perkongsian data, kerjasama penyelidikan, penganjuran program serta pelaksanaan inisiatif penyebarluasan berkaitan pembangunan belia Malaysia.

 

 

 

Disediakan oleh :
Cik Hamizah Sahharon
Eksekutif Komunikasi Korporat

Disemak oleh :
Puan Nuurul Mizaan Ya’cob
Eksekutif Penyelidik Kanan

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.