kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PERHIMPUNAN MESRA BULANAN IYRES DITERUSKAN DALAM NORMA BAHARU

20201118 PerhimpunanNovember

PUTRAJAYA, 16 November 2020 : Sudah menjadi rutin bulanan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) untuk menganjurkan Majlis Perhimpunan Mesra Bulanan Team IYRES. Perhimpunan bagi bulan November ini telah diadakan secara atas talian berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat bagi kawasan W.P. Putrajaya.

Perhimpunan ini juga merupakan platform yang amat wajar dalam memastikan semua warga IYRES sentiasa mengetahui perkembangan semasa, pelaksanaan aktiviti/program yang dianjurkan oleh Kementerian, Jabatan dan Agensi sekaligus mengeratkan hubungan serta meningkatkan semangat berpasukan dalam kalangan warga IYRES.

Majlis ini dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara Muhammad Azamuddin dan diikuti dengan penyampaian amanat oleh Ketua Pegawai Eksekutif IYRES, Dr. Vellapandian Ponnusamy.

Majlis diteruskan dengan pengumuman Anugerah Tokoh Pekerja Terbaik bulan November iaitu Puan Mastura Mohamad dan Cik Nur Azin Azlina Razali. Seluruh warga IYRES mengucapkan tahniah diatas penganugerahan tersebut.

Majlis diakhiri dengan ucapan sambutan ulang tahun warga IYRES yang lahir pada bulan November 2020.

 

 

 

Disediakan oleh :
Mohd Nor Azam Kamarudin
Pembantu Tadbir (P/O)

Disemak oleh :
Cik Hamizah Sahharon
Eksekutif Komunikasi Korporat

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.