- Laman Utama
- Berita Terkini
- SINERGI MERENTAS 10 KUMPULAN PELAKSANA MELALUI PELAKSANAAN PRA BENGKEL TWG INDEKS BUDAYA SUKAN MALAYSIA (IBSM) 2021
SINERGI MERENTAS 10 KUMPULAN PELAKSANA MELALUI PELAKSANAAN PRA BENGKEL TWG INDEKS BUDAYA SUKAN MALAYSIA (IBSM) 2021
Putrajaya, 17 Jun 2021 – Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah melaksanakan Pra Bengkel TWG Indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM) 2021 melalui platform ZOOM Meeting melibatkan 70 orang peserta merentas Kementerian, Jabatan, Agensi, Persatuan Sukan, NGO, Badan Korporat, Para Akademik serta lain- lain pemegang taruh belia dan sukan. Tujuan Pra Bengkel TWG IBSM 2021 dilaksanakan adalah untuk memberi penerangan awal berkaitan perancangan Bengkel TWG IBSM 2021 yang akan dilaksanakan pada 29 dan 30 Jun 2021 nanti.
Terdapat dua pembentangan yang telah dilaksanakan kepada peserta bengkel iaitu pembentangan pertama berkaitan Kanvas Visi Sukan Negara 2030 yang akan dibangunkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dalam meningkatkan belia Malaysia ke arah kehidupan yang lebih sihat. Pembentangan tersebut telah disampaikan oleh Encik Shaiful Nizam Yaakob, Penolong Setiausaha Bahagian Dasar & Perancangan Strategik, KBS. Manakala pembentangan kedua adalah berkaitan hasil dapatan Indeks Budaya Sukan Malaysia 2020 (IBSM’20) yang telah disampaikan oleh Puan Shariffah Mamat, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES.
Ucapan aluan juga telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES. Para peserta telah diberikan tugasan awal melalui format pelaporan bengkel yang disediakan untuk melancarkan proses perbincangan kumpulan pada bengkel TWG IBSM 2021 kelak.