kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi
kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

SESI KUNJUNGAN HORMAT SERTA KERJASAMA STRATEGIK ANTARA IYRES DAN UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG

26072021 Kerjasama Strategik IYRES UMP

PUTRAJAYA, 26 Julai 2021 - IYRES telah menerima kunjungan hormat daripada tujuh orang pegawai Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang diketuai oleh Prof. Madya Ts. Dr. Adzhar Kamaludin, Dekan Fakulti Komputeran UMP secara atas talian. Kunjungan daripada UMP telah disambut oleh enam wakil IYRES yang terdiri daripada YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES, Gs. Dr. Saripah Osman, Pengurus Bahagian Perancangan dan Penyelidikan IYRES, Puan Mastura Mohamad dan Puan Nuurul Mizaan Ya’cob selaku Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES, dan disertai oleh Encik Mohd. Rizal Mohd. Sham dan Cik Hamizah Sahharon selaku Pegawai Penyelidik dan Eksekutif Komunikasi Korporat IYRES.

Pelbagai maklumat dan perkongsian cadangan kerjasama telah dibincangkan seperti cluster universiti mengikut bidang keutamaan dan kepakaran yang ditawarkan iaitu data sains. Kedua-dua pihak bersetuju untuk menjadi rakan kerjasama strategik dalam bidang data analitik dan penulisan artikel. Selain itu, pihak UMP juga telah mencadangkan Social Media Mining for Malaysian Youth Index Score Prediction sebagai permulaan kolaborasi.

Turut hadir bersama adalah Timbalan Dekan (Penyelidikan & Inovasi), Fakulti Komputeran UMP, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Nizam Mohmad Kahar; empat orang Pensyarah Kanan Fakulti Komputeran UMP, Ts. Dr. Mohd Izham Mohd Jaya, Dr. Mohd Zamri Osman, Dr. Mohd Arfian Ismail, Dr. Nur Shazwani Kamarudin dan Encik Aziman Abdullah, Pensyarah Fakulti Komputeran UMP.

HUBUNGI KAMI

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

HIPERANGKAI