kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PERHIMPUNAN MESRA BULANAN IYRES YANG KESEPULUH

25112021   perhimpunan

PUTRAJAYA, 25 Oktober 2021 - Majlis Perhimpunan Mesra Bulanan IYRES bagi bulan Oktober 2021 telah diadakan pada 25 Oktober 2021 secara hibrid. Majlis dimulakan dengan nyayian lagu Negaraku dan lagu Perkhidmatan Awam, diikuti dengan bacaan doa serta tayangan video imbasan aktiviti IYRES sepanjang bulan September 2021.

Majlis diteruskan dengan mendengar amanat daripada YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES dan penyampaian sijil Anugerah Tokoh Pekerja Terbaik bagi bulan Oktober 2021 iaitu Puan Noor Afifah Johari dan Encik Muhammad Azeem Abd Aziz. Tahniah diucapkan dan semoga dengan penganugerahan ini akan menaikan lagi semangat untuk terus berjaya pada masa akan datang.

Majlis turut meraikan dua orang kakitangan yang dikurniakan cahaya mata, kakitangan yang melangsungkan perkahwinan dan semua warga IYRES yang menyambut hari lahir pada bulan Oktober. Selesai sesi potong kek tersebut, semua warga IYRES dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan.   

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.