kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi
kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

IYRES MEMPEROLEH PENSIJILAN SIRIM ISO 9001:2015

11112021   audit sirim

PUTRAJAYA, 11 November 2021 - Telah selesai proses pengauditan fasa kedua oleh pihak SIRIM bagi tujuan pensijilan ISO 9001:2015. Fasa kedua audit kali ini telah berlangsung selama 2 hari iaitu pada 10 dan 11 November 2021. Juruaudit SIRIM iaitu Encik Mohd Hisyam Mahadi dan Encik Mohd Nazim Zakaria telah melaksanakan pengauditan ke atas proses pengurusan penyelidikan dalam pembangunan  belia Malaysia merangkumi pengurusan data, program sokongan penyelidikan, penerbitan dan perkhidmatan sokongan. Sistem Pengurusan Kualiti IYRES.

Pelaksanaan pengauditan ISO 9001: 2015 ini adalah bertujuan untuk memastikan pengurusan IYRES akur kepada keperluan Sistem Pengurusan Kualiti organisasi dan keperluan standard MS ISO 9001:2015. Mesyuarat pembukaan dan penutup bagi pengauditan tersebut telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES.

Berdasarkan pengauditan selama 2 hari tersebut, Sistem Pengurusan Kualiti IYRES telah mematuhi standard ISO 9001:2015 dan pihak SIRIM telah mengesyorkan pensijilan MS ISO 9001:2015 kepada IYRES. Tahniah diucapkan kepada warga IYRES di atas kejayaan memperoleh pensijilan tersebut, semoga ia memberi keyakinan kepada pelanggan dan pihak berkepentingan bahawa IYRES diperakui menggunakan amalan terbaik dalam pengurusan, pentadbiran dan pelaksanaan fungsi sebagai Institut Penyelidikan peringkat Nasional.

HUBUNGI KAMI

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

HIPERANGKAI