kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi
kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

PERSIDANGAN KEPENDUDUKAN KEBANGSAAN 2021 (PERKKS21)

20211117   PERKSS21

PUTRAJAYA, 17 November 2021 - Persidangan Kependudukan Kebangsaan 2021 bertemakan Penduduk dan Keluarga Berkualiti Pemangkin Pembangunan Lestari yang dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) bersama Universiti Malaya dan United Nations Population Fund (UNFPA) Malaysia telah berlangsung pada 16 hingga 17 November 2021 secara dalam talian.

Persidangan ini merupakan salah satu inisiatif Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dalam menyediakan platform kepada para penyelidik untuk membentangkan hasil penyelidikan berkaitan isu semasa dan cabaran dinamik penduduk dan keluarga, serta mengusulkan cadangan penambahbaikan terhadap dasar dan program sedia ada. 

YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES, KBS telah dijemput sebagai pembentang sesi plenari bagi membincangkan tajuk Belia, Teknologi, Penyelidikan & Pembangunan. Turut hadir ke persidangan tersebut Puan Shahhanim Yahya, Ketua Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES. Semoga sesi perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua peserta yang hadir.

HUBUNGI KAMI

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

HIPERANGKAI