kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Simposium Pemikir Muda : “Ekonomi Belia Pemacu Masa Hadapan Negara”

simposium

SINTOK, 29 Ogos 2022 - Telah berlangsung Simposium Pemikir Muda yang bertemakan "Ekonomi Belia Pemacu Masa Hadapan Negara". Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) merupakan penganjur bersama bagi Program Simposium ini yang diadakan bertempat di Bilik Angsana, EDC UUM, Sintok Kedah. Simposium ini juga merupakan anjuran dengan Kerjasama Pusat Belia Antarabangsa (IYC), Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Majlis Belia Malaysia (MBM), dan Exco Belia dan Sukan Kedah. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.

Objektif utama simposium ini merupakan platform kepada pelbagai pihak untuk membentang dan menyebarluaskan maklumat berkaitan ekonomi yang fokus kepada golongan belia. Di samping itu, program ini juga mewujudkan ruang perkongsian idea dan medan perbincangan intelektual meliputi keusahawanan belia dan peluang pekerjaan serta peningkatan pembangunan kemahiran golongan belia mengikut bidang yang diceburi.

 

HUBUNGI KAMI

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

HIPERANGKAI