kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

KBS sedia platform kongsi idea baharu peluang pekerjaan

20220829 simposium

KUBANG PASU - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa terbuka dalam menyediakan platform kepada mana-mana pihak bagi berkongsi idea baharu bagi meningkatkan peluang pekerjaan kepada belia di negara ini. Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Jana Santhiran Muniayan berkata, usaha itu adalah salah satu inisiatif kementerian mengurangkan kadar pengangguran dan meningkatkan kemahiran belia.

 Menurutnya, semua pihak termasuk belia dapat menggunakan platform yang disediakan KBS untuk berkongsi idea dan pandangan yang baharu. "Sekarang, beberapa perkara berkaitan belia yang telah dilaksanakan di peringkat kementerian menggunapakai idea-idea daripada pihak pengurusan. Jadi, untuk menambah baik perkara itu kita mahu dengar idea-idea dari luar kotak pemikiran daripada golongan belia itu sendiri kerana mereka lebih tahu apa yang mereka perlukan untuk membina kerjaya,” katanya.

 Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Simposium Pemikir Muda Ekonomi Belia Pemacu Masa Hadapan Negara di sini pada Isnin. Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Dr Vellapandian Ponnusamy.

 Dalam pada itu, Jana Santhiran berkata, program anjuran IYRES, KBS dan Universiti Utara Malaysia (UUM) selama dua hari itu menyediakan platform kepada pelbagai pihak untuk membentang dan menyebarluaskan maklumat berkaitan ekonomi yang memfokuskan kepada golongan belia. "KBS juga memainkan peranan dalam menggalakkan penyertaan golongan belia dalam sektor pertanian melalui bantuan mendapatkan pembiayaan daripada agensi-agensi penyedia dana. Sebenarnya ramai belia yang ingin menceburkan diri dalam bidang pertanian dan keusahawanan tetapi mereka tidak tahu caranya, jadi kita akan bantu dan bimbing mereka," jelas beliau.

 Sumber : Sinar Harian . Pautan - Sinar Harian

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.