kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

'Usia 22 tahun belia sudah diisytihar bankrap, bagaimana hendak berkahwin, beli rumah' - Hannah Yeoh

20221211 belia bankrap

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh akan melaksanakan inisiatif terbaharunya dalam usaha membantu golongan belia berdepan masalah muflis menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Katanya, golongan belia muflis ini memerlukan intervensi kerajaan dan KBS untuk membantu mereka keluar daripada kepompong masalah berkenaan.

"Kita tahu ketika musim pandemik lalu, ramai belia yang sudah bankrap dan mereka tidak ada jalan keluar untuk mengatasi perkara ini.

"Sekiranya pada usia 22 tahun belia ini sudah diisytiharkan bankrap, bagaimana mereka hendak berkahwin, membeli rumah dan jaminan kepada anak mereka nanti.

Berdasarkan maklumat Jabatan Insolvensi Malaysia, jumlah kes muflis membabitkan belia di negara ini menunjukkan trend penurunan dalam tempoh tiga tahun sejak 2020 iaitu sehingga Jun lalu adalah 10,137 orang.

Penurunan kes muflis bagi belia berumur bawah umur 25 tahun merekodkan 21 orang pada 2020 dan turun kepada 20 orang pada 2021, manakala hanya enam orang direkodkan sehingga Jun lalu.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Segambut ini berkata, dalam masa yang sama sudah meminta data untuk melihat bagaimana cara dapat membantu belia muflis ini.

"Malah saya juga memfokuskan kepada usaha untuk membantu belia yang tidak mempunyai minat untuk menyambung pelajaran tetapi mempunyai bakat lain.

"Jadi saya juga akan memperkasakan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) untuk membina platform terbaik untuk belia begini.

"Kita akan cuba beri latihan kepada mereka untuk membina bakat sehingga mereka boleh bekerja," katanya.

 

Sumber : Berita Harian, Pautan : Berita Harian

HUBUNGI KAMI

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

HIPERANGKAI