kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

KBS Kerjasama Dengan Sarawak Terap Konsep Perpaduan Dalam Sukan, Belia - Yeoh

20230109   kerjasama sarawak

 

KUCHING, 9 Jan (Bernama) -- Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan bekerjasama dengan kerajaan Sarawak bagi menerapkan nilai serta konsep perpaduan dalam pembangunan industri sukan dan komuniti belia.

Menterinya Hannah Yeoh berkata beliau akan berbincang lanjut mengenai perkara itu dengan Menteri Belia dan Sukan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah pada pertemuan di Putrajaya yang dijadualkan pada 16 Jan ini.

“Konsep perpaduan dan multiculturalism (faham pelbagai budaya) yang wujud di Sarawak sangat kuat dan kementerian mahu melihat bagaimana idea ini boleh diterapkan dalam membangunkan sukan dan belia di Malaysia.

“Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg telah berkongsi idea dan pandangan mereka (kerajaan negeri) mengenai konsep berkenaan. Idea beliau akan kami bawa ke Putrajaya untuk dibincangkan bersama,” katanya selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Abang Johari di Wisma Bapa Malaysia di sini hari ini.

Yeoh berkata dalam pertemuan selama satu jam itu, Abang Johari menyatakan keterbukaan untuk bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan bagi merealisasikan idea berkenaan.

Dalam pada itu, Yeoh berkata bagi mengangkat semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), beliau akan meluangkan masa melawat Sabah atau Sarawak sebulan sekali untuk meneliti aspek sukan dan belia kedua-dua negeri itu.

-- BERNAMA Sumber : BERNAMA. Pautan : BERNAMA

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.