kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Town Hall IYRES 2023

townhall iyres 2023

PUTRAJAYA, 11 April 2023 - Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menganjurkan Program Town Hall IYRES 2023 yang diadakan bertempat di Dewan Podium B, Menara KBS. Program ini telah disempurnakan oleh YB Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Objektif utama pelaksanaan Town Hall IYRES 2023 adalah untuk menyebarluaskan penggunaan sistem-sistem di dalam Hub Data Belia dan hasil penyelidikan belia untuk dijadikan tools bagi perancangan program/ aktiviti pemerkasaan pembangunan belia Malaysia. Melalui program Town Hall ini juga, YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan telah melancarkan Portal Asia Pasific Journal of Youth Studies (APJYS) yang bertujuan untuk memberi pegiktirafan serta penarafan kepada jurnal terbitan IYRES sebagai salah satu jurnal berkualiti tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa.

Town Hall IYRES 2023 yang merupakan edisi keempat telah menyenaraikan sebanyak tujuh (7) hasil penyelidikan IYRES bagi tahun 2021- 2022 dan Hub Data Belia untuk dibentangkan kepada pemegang taruh belia seperti berikut:

i. Kajian Indeks Belia Malaysia 2022 (IBM’22)
ii. Kajian Indeks Budaya Sukan Malaysia 2022 (IBSM’22)
iii. Kajian Kompetensi Pemimpin Muda
iv. Kajian Ketidakupayaan Belia Bersaing Dalam Ekonomi
v. Kajian Upskilling & Reskilling Study for Better Employment Opportunities Among Youth
vi. Kajian Aspirasi Belia Keluarga Malaysia
vii. Kajian Tinjauan Pemilikan Rumah dalam Kalangan Belia Malaysia
viii. Hub Data Belia

Sesi pembentangan tersebut telah dibentangkan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES. Turut bersama dalam sesi Town Hall ini ialah delegasi daripada Kementerian Belia Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (MYSED) yang diketuai oleh YBrs. Encik Morshidi Fredrick, Setiausaha Tetap MYSED. Seramai 218 orang peserta telah menghadiri dan mengikuti program Town Hall ini secara fizikal dan dalam talian.

 

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.