kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Hari Belia Lonjak Semangat Anak Muda Malaysia - Anwar

hari belia negara 2023

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) - Sambutan Hari Belia Negara 2023 bukanlah sekadar sambutan biasa, sebaliknya ia memberi lonjakan semangat dan ruangkepada anak muda Malaysia untuk bersuara dengan lebih berkesan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sambutan itu juga mengingatkan golongan berkenaan bahawa mereka ialah pemimpin kini dan masa depan.

"Hari Belia Negara ini adalah kesempatan angkat semula martabat belia, mengingatkan mereka adalah pemimpin kini dan masa depan dan memberi ruang untukmengemukakan masalah kepada pihak bertanggungjawab.

"Sebagai anak muda kita punya tanggungjawab, kita kena berfi kir, menilai, kita harus sedar bahawa untuk jadi manusia berguna kepada keluarga dan negara, kitaharus mulakan dengan persiapan keyakinan, ilmu, amal dan tindakan," katanya dalam rakaman ucapan video sempena Hari Belia Negara 2023.

Hari Belia Negara yang disambut pada 15 Mei setiap tahun ialah satu pengiktirafan tertinggi negara kepada anak muda Malaysia.

Sambutan peringkat kebangsaan tahun ini akan diadakan pada 28 Mei di Padang Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson, Negeri Sembilan yang dijangka dirasmikan oleh Anwar.

Sumber : Bernama. Pautan : Bernama

 

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.