kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Kadar Pengangguran Turun Kepada 3.4 Peratus

 
14082023 pengangguran 3.4 peratus
 
KUALA LUMPUR: Kadar pengangguran pada Jun lalu turun kepada 3.4 peratus dengan bilangan penganggur terus berkurang kepada 581,700 orang.
 
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata pasaran buruh negara ini kekal stabil pada Jun lalu, disumbang oleh peningkatan dalam bilangan penduduk bekerja, manakala penganggur berada pada trend menurun, walaupun prospek ekonomi Malaysia diunjur berkembang secara sederhana.
 
Beliau berkata, bilangan tenaga buruh pada Jun lalu terus mengukuh sebanyak 0.2 peratus merekodkan 16.89 juta orang berbanding Mei seramai 16.86 juta orang.
 
"Sementara itu, kadar penyertaan tenaga buruh (KPTB) bagi Jun tidak berubah iaitu pada 70.0 peratus, seperti yang direkodkan bulan lalu," katanya dalam laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menerusi Statistik Tenaga Buruh Malaysia pada Jun 2023 dan Suku Tahun Kedua 2023.
 
Statistik itu berdasarkan kedudukan penawaran buruh berdasarkan Survei Tenaga Buruh yang dilaksanakan oleh DOSM.
 
Beliau berkata, penduduk bekerja pada Jun 2023 kekal pada trend positif dengan peningkatan bulan ke bulan sebanyak 0.2 peratus merekodkan 16.31 juta orang berbanding 16.28 juta orang pada Mei lalu.
 
"Dalam pada itu, bilangan penganggur pada bulan tersebut terus menurun dengan pengurangan sebanyak 0.5 peratus kepada 581,700 orang berbanding 584,600 orang pada Mei lalu.
 
"Kadar pengangguran pada Jun mencatatkan penurunan sebanyak 0.1 peratus kepada 3.4 peratus berbanding Mei 3.5 peratus," katanya.
 
Mengenai kedudukan guna tenaga, Mohd Uzir berkata, daripada jumlah penduduk bekerja pada Jun, 75.4 peratus adalah dalam kategori pekerja yang merekodkan peningkatan sebanyak 0.1 peratus kepada 12.30 juta orang berbanding 12.29 juta orang pada bulan Mei.
 
Pada masa yang sama katanya, bilangan penduduk bekerja sendiri juga terus meningkat dengan peningkatan sebanyak 0.5 peratus mencatatkan 2.95 juta orang berbanding 2.94 juta orang pada Mei.
 
"Mengikut sektor ekonomi, guna tenaga dalam sektor perkhidmatan kekal pada trend menaik, terutamanya dalam aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman; perdagangan borong dan runcit serta pengangkutan dan penyimpanan.
 
"Bilangan penduduk bekerja dalam sektor pembuatan, pembinaan, perlombongan dan pengkuarian serta pertanian juga menunjukkan peningkatan pada bulan tersebut," katanya.
 
Jelas beliau, penganggur aktif atau mereka yang bersedia untuk bekerja dan aktif mencari pekerjaan merangkumi 80.3 peratus daripada jumlah penganggur.
 
Katanya, kategori itu menurun sebanyak 0.8 peratus kepada 466.9 ribu orang berbanding 470,400 orang pada Mei lalu.
 
"Dalam kalangan penganggur aktif, sebanyak 61.1 peratus adalah mereka yang menganggur kurang daripada tiga bulan, manakala 6.6 peratus adalah mereka yang berada dalam pengangguran jangka panjang melebihi setahun.
 
"Penganggur tidak aktif atau mereka yang percaya bahawa tiada pekerjaan tersedia pula, mencatatkan peningkatan sebanyak 0.5 peratus kepada 114,800 orang berbanding 114,200 orang pada Mei lalu.
 
"Kadar pengangguran bagi belia berusia 15 hingga 24 tahun pada bulan tersebut kekal pada 11.0 peratus, merekodkan 312,400 penganggur belia berbanding 313,000 orang pada Mei," katanya.
 
Sementara itu, kadar pengangguran bagi belia berusia 15 hingga 30 tahun pula katanya, menurun sebanyak 0.1 mata peratus merekodkan 6.9 peratus dengan bilangan penganggur belia seramai 446,800 orang berbanding 448,600 orang pada Mei.
 

Katanya, bagi kumpulan tidak aktif, bilangan penduduk di luar tenaga buruh pada Jun 2023 terus berkurang, dengan penurunan sedikit iaitu sebanyak 0.02 peratus kepada 7.23 juta orang.

 

 

Sumber : Berita Harian

Pautan : Berita Harian

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.