kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Persidangan Penyelidikan Belia Antarabangsa 2023 (YOURS’23) Bertempat Di Doubletree By Hilton, Putrajaya

 

PUTRAJAYA, 23 – 24 Oktober 2023 telah berlangsung Persidangan Penyelidikan Belia Antarabangsa 2023 (YOURS’23) bertempat di DoubleTree by Hilton, Putrajaya. YOURS’23 merupakan anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan bertemakan “Memacu Inklusiviti Dalam Kesejahteraan Mental Belia”. YOURS’23 menghimpunkan 208 orang peserta dalam kalangan pembuat dasar, penyelidik, institusi pendidikan, pertubuhan bukan kerajaan (NGOs), badan korporat dan individu belia. Tujuan pelaksanaan YOURS’23 adalah untuk berkongsi cadangan dan pendapat kepada strategi praktikal untuk mempromosikan kesejahteraan mental dalam kalangan belia. YOURS’23 telah dirasmikan oleh YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan. Seterusnya, ucaptama YOURS’23 “ Memacu Inklusiviti Dalam Kesejahteraan Mental Belia” telah disampaikan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr. Wan Kamal Mujani, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Persidangan selama dua hari ini menyediakan 3 orang pembentang bagi berkongsi pengalaman mereka dalam isu kesihatan mental. Selain itu, YOURS’23 turut membariskan 4 perbincangan panel oleh 12 pakar tempatan dan 3 pakar antarabangsa. Persidangan membincangkan empat sub-tema penting seperti berikut:

• Intrapersonal Skills
• Family & Society Support
• Environmental & facility Support
• Policy Enhancement

Sesi penutup YOURS’23 telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Ramona Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Kementerian Belia dan Sukan. Sebuah Deklarasi Kesihatan Mental akan dicadang untuk dihasilkan daripada persidangan YOURS’23 ini untuk diserahkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia sebagai rujukan utama untuk menangani isu kesihatan mental khususnya dalam kalangan belia Malaysia.

 

26102023 Yours'2023

 

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.