kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Penyelarasan Analisis Data Raya Mampu Perkasa TVET - Mustapha

 

 

10112023 perkasa tvet

 

KUALA LUMPUR, 9 Nov (Bernama) - Penyelarasan dalam Analisis Data Raya mampu memperkasa dan menambah baik Pendidikan Tinggi dan Latihan Vokasional (TVET) agar sesuai dengan keperluan pasaran buruh pada masa hadapan.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Mustapha Sakmud berkata penyelarasan analisis data menerusi Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia (MySPIKE) oleh Majlis TVET Negara juga penting bagi memastikan tidak berlaku pertindihan antara 12 kementerian yang menawarkan program berkenaan.

“Penyelarasan data raya membolehkan kita melakukan analisis keperluan tenaga kerja, memantapkan ramalan permintaan kemahiran, pemantuan terhadap graduan TVET dan penyelarasan terhadap program yang ditawarkan,” katanya ketika menjadi tetamu program Jendela Fikir terbitan Bernama Radio bertajuk Memperkasa TVET Dengan Analitik Data Raya di Wisma Bernama hari ini.

Mustapha berkata pengoptimuman TVET amat penting kerana ia adalah anjakan perubahan dalam usaha menuju sebuah negara maju.

Katanya perkara tersebut juga penting bagi memperkasakan TVET agar selari dengan ramalan dan dasar kerajaan seperti kerangka Ekonomi MADANI.

“Data Raya dapat membantu kita melihat keperluan untuk jangka masa lima tahun akan datang agar TVET sentiasa relevan dengan industri,” katanya.

 

Sumber : Bernama
Pautan : Bernama

 

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.