kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Projek Reben Kuning Bantu Banduan Belia, Penghuni Shg Perkasa TVET

 

01122023 REBEN KUNING

 

MELAKA, 29 Nov (Bernama) - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memperkasakan inisiatif Projek Reben Kuning dengan memfokuskan bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) kepada banduan belia dan penghuni Sekolah Henry Gurney (SHG) sejajar pelan strategik dalam memberi penekanan terhadap pembangunan belia secara inklusif.

Ketua Setiausaha KBS Dr K Nagulendran berkata ia juga bagi memastikan mereka yang sedang menjalani hukuman turut diberi peluang kedua menerusi program pembangunan kemahiran untuk kembali ke pangkuan masyarakat dan meneruskan kehidupan lebih baik.

"Menerusi program ini mereka juga berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tinggi seperti di Institut Latihan Kemahiran Belia dan Sukan (ILKBS) sebaik dibebaskan dan saya melihat bidang TVET memiliki peluang lebih besar pada masa depan.

"Kita akan mempergiat usaha ini dengan sokongan Jabatan Penjara untuk bantu mereka dalam memastikan tiada kelompok belia tercicir kerana penghuni SHG juga mengikuti sesi pembelajaran seperti sekolah biasa dan selepas tamat hukuman mereka boleh memohon untuk menyambung pelajaran," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Projek Reben Kuning 2023 di Telok Mas di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Komisioner Jeneral Penjara (Pemasyarakatan) Datuk Ibrisam Abdul Rahman dan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara Mohd Azhari Mohammad.

Nagulendran berkata sebelum ini, terdapat penghuni memasuki ILKBS dengan mengikuti pelbagai program pengajian ditawarkan.

Dalam pada itu, beliau berkata menerusi Projek Reben Kuning itu menyaksikan sebanyak 33,049 peserta mendapat manfaat sejak mula dilaksanakan pada 2018 melibatkan lima kluster iaitu kemahiran, sukan, keusahawanan, kebolehpasaran dan kempen kesedaran.

Menurutnya, penganjuran pada tahun ini memberi tumpuan kepada dua kluster iaitu kemahiran dan kebolehpasaran membabitkan 100 banduan belia dan penghuni SHG.

Beliau berkata kesemua peserta telah menamatkan program latihan jangka pendek yang disediakan Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia dalam bidang asas pendawaian elektrik, pembuatan pastri, terapi sukan dan fotografi .

 

Sumber : Bernama
Pautan :Bernama

 

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.