kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Kerjasama Universiti-Industri Perlu Fokus Bidang Digital, Tenaga Boleh Baharu

 

19122023 kerjasama universti

 

PUTRAJAYA, 14 Dis (Bernama) - Aspek pembangunan digital dan penggunaan tenaga boleh baharu merupakan antara fokus baharu yang perlu dititik beratkan menerusi kerjasama industri dan universiti sebagai manfaat jangka panjang.

Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Datuk Dr Mazlan Abd Ghaffar berkata kedua-dua komponen berkenaan merupakan bidang masa depan yang sedang berkembang pesat, justeru pihak industri dan universiti harus memulakan langkah awal dengan mula melatih para pelajar dalam bidang itu.

“Bagi kerjasama dengan syarikat telekomunikasi seperti Ericsson sebagai contoh, mereka merupakan syarikat gergasi yang boleh menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di universiti.

"Di Jepun dan Jerman pula, industri bekerjasama rapat dengan universiti bagi kembangkan penyelidikan mereka seterusnya produk yang dihasilkan itu dipasarkan,”katanya kepada Bernama selepas menghadiri Majlis Penghargaan Rakan Industri 2023 UMT (MPRI-UMT) di sini hari ini.

Beliau berkata kerjasama industri dan universiti dalam negara juga akan menghasilkan manfaat bersama yang seterusnya turut membuka peluang kepada pelajar dilatih untuk menceburi bidang pekerjaan dalam waktu singkat di samping memperoleh gaji premium RM4,000 sebulan.

Ia seiring dengan hasrat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu menyasarkan peningkatan peratusan graduan memperoleh gaji premium RM4,000 sebulan dengan merancakkan hubungan dengan industri menerusi langkah spesifik dan strategik.

Menurut Mazlan, UMT juga aktif menjalin kerjasama dengan pihak industri antaranya PKT Logistics Sdn Bhd, Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd dan Konsortium Pelabuhan Kuantan.

“Fokus yang menjadi keutamaan pihak universiti ialah kerjasama bersifat strategik, mempunyai sasaran untuk memperkemas operasi, teknologi dan amalan semasa serta mampu memberikan manfaat jangka panjang kepada semua pihak,” katanya.

Sejak 2020 hingga kini, katanya UMT telah melaksanakan 95 projek dengan kerjasama rakan industri melalui geran penyelidikan industri melibatkan peruntukan hampir RM7.6 juta.

MPRI-UMT merupakan majlis yang diadakan setiap dua tahun sebagai menghargai dan mengiktiraf pemain industri yang telah membantu universiti itu dalam menjayakan aspek pemerkasaan bakat, pembangunan pelajar dan keunggulan penyelidikan dan inovasi.

Kira-kira 130 industri antaranya Bank Rakyat, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dan CelcomDigi Berhad diraikan dalam majlis itu dengan pemberianAnugerah Rakan Industri.

Pada majlis sama, turut dilancarkan program Siswa Mall yang diadakan dengan kerjasama CelcomDigi Bhd sebagai sokongan dan galakan UMT kepada mahasiswayang menjalankan perniagaan menerusi platform e-dagang.

 

Sumber : Bernama
Pautan  : Bernama

 

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.