kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Lebih 80,000 peserta ikuti program MFLS sejak 2019

20240526   mfls

 

KUALA LUMPUR: Sejak Malaysia Future Leaders School (MFLS) ditubuhkan pada Mei 2019, seramai 82,364 peserta sudah mengikuti program berkenaan, setakat tahun lalu.

MFLS adalah program nasional yang bertujuan melahirkan pemimpin hari ini dan masa depan negara.

Sebelum ini, program terbabit di bawah tanggungjawab Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Institut Kecemerlangan dan Pembangunan Kepimpinan (i-LEAD).

Namun pada 1 Januari lalu, i-LEAD diubah nama dengan dikenali sebagai Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Pejabat Perdana Menteri (PMO), diamanahkan untuk meneruskan program nasional berkenaan yang memasuki tahun keenam pelaksanaan.

Ketua Pengarah AKM, Mohd Haswandi Ahmad, berkata bagi tahun ini pula, seramai 20,901 peserta mengikuti program MFLS Tier 1 di peringkat sekolah.

Daripada jumlah itu, katanya, seramai 6,810 peserta dipilih untuk mengikuti program MFLS Tier 2 yang dilaksanakan di Pusat Latihan Kenegaraan milik AKM.

Bagi saringan untuk program MFLS Tier 3, katanya, ia membabitkan sejumlah 684 peserta.

"Pada majlis malam ini, seramai 150 peserta terbaik dan dipilih menerusi saringan yang dilaksanakan bagi mereka mengikuti program MFLS Tier 3, selama 15 hari bermula 12 Mei yang menjadi fasa terakhir.

"Sebagai lanjutan kepada program ini, peserta MFLS Tier 3 ini akan disaring sekali lagi untuk mencari 25 orang terbaik dalam kalangan yang terbaik bagi mengikuti program MFLS Go Global yang akan dilaksanakan pada September dan Oktober tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penutup dan Citrawarna MFLS Tier 3 Tahun 2024 yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

MFLS Tier 3 yang berlangsung selama 15 hari adalah fasa terakhir yang bertujuan melahirkan belia sebagai rakan strategik dalam pembangunan negara serta berkeupayaan berperanan di peringkat antarabangsa, dengan berpaksikan tujuh elemen.

Elemen berkenaan meliputi kepemimpinan, kenegaraan , pembentukan watak dan jati diri, keusahawanan, kesukarelawan, komunikasi dan pengantarabangsaan.

Turut sama menjayakan program MFLS Tier 3 kali ini, antaranya ialah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Akademi Malaysia Airlines Berhad (MAB), Perbadanan Pembangunan Rel Malaysia (MRSC), Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Telekom Malaysia, Celcom Digital dan Pusat Belia Antarbangsa (ITC).

Bagi pihak AKM, Mohd Haswandi berharap peserta MFLS Tier 3 Tahun 2024 dapat menyahut saranan Malaysia MADANI untuk bergelar pemimpin terbaik demi masa hadapan negara.

"Dengan azam yang dipupuk, landskap kepemimpinan negara bakal menerima aura baharu yang menyambut harapan lantas merealisasikan impian. Syabas dan tahniah diucapkan," katanya.

 

Sumber : Berita Harian

Pautan berita : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/05/1251358/lebih-80000-peserta-ikuti-program-mfls-sejak-2019

 

 

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.