kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Dasar TVET Negara 2030: Kejayaan pelaksanaan signifikan kekal daya saing global

20240608   dasartvetnegara

 

KUALA LUMPUR: Dasar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2030 menjadi garis panduan komprehensif yang menetapkan aspirasi dan hala tuju kerajaan bagi memastikan penyelarasan pelaksanaan TVET secara holistik bermula tahun ini sehingga 2030.

Kejayaan pelaksanaan dasar berkenaan sangat signifikan untuk mengekalkan daya saing global terutama dalam bidang TVET yang bermatlamat untuk melahirkan pekerja berkemahiran dengan pendapatan tinggi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui amanat dalam dokumen Dasar TVET Negara 2030, berkata Kerangka Ekonomi MADANI diperkenalkan kerajaan sebagai instrumen untuk menangani isu-isu sosial dan ekonomi negara secara komprehensif.

"Kerangka ini adalah garapan strategi menyeluruh untuk menggiatkan semula landskap ekonomi Malaysia melalui perungkaian cabaran sedia ada dan penumpuan kepada bidang utama untuk pertumbuhan dan daya tahan mampan.

"Reformasi ekonomi ini turut akan dipercepat dengan melonjakkan industri pertumbuhan tinggi dan bernilai tinggi (HGHV) yang dikenal pasti sebagai sebahagian daripada anjakan besar dalam Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12.

"Bagi merealisasikan komitmen tersebut, kerajaan telah memberi tumpuan kepada pembangunan bakat tersedia masa hadapan selaras dengan keperluan industri dan perkembangan teknologi. Justeru, Dasar TVET Negara 2030 dibangunkan sebagai garis panduan komprehensif untuk pelaksanaan TVET di Malaysia," katanya.

Beliau berkata, Dasar TVET Negara 2030 dengan tumpuan utama untuk melahirkan pekerja berkemahiran dengan pendapatan tinggi, menggariskan hala tuju yang jelas dalam memperkukuh pembangunan bakat dan modal insan negara.

"Kerajaan akan memastikan setiap strategi dan inisiatif dilaksanakan secara bersungguhsungguh dan memberi manfaat kepada rakyat melalui prospek pekerjaan berkemahiran tinggi, sekali gus menjanjikan pendapatan lumayan," katanya.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Majlis TVET Negara, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melalui amanat dalam dokumen sama, menegaskan dasar berkenaan amat relevan dengan langkah kerajaan untuk mentransformasi dan memperkasa TVET di negara ini.

"Dasar yang komprehensif perlu dibangun dan digubal bagi menjayakan hasrat meningkatkan martabat TVET, seterusnya menjadi pilihan kerjaya utama dalam kalangan belia. Dasar ini satu dokumen yang menggambarkan aspirasi kerajaan dalam menentukan hala tuju TVET negara.

"Dasar yang telah digubal adalah bersifat menyeluruh dan akan menjadi sumber rujukan dalam setiap inisiatif yang dirancang serta dilaksanakan oleh penyedia TVET awam, swasta serta semua kementerian yang terbabit dengan pelaksanaan TVET," katanya.

Beliau berkata, pembangunan Dasar TVET Negara 2030 turut mengambil kira dasar berkaitan dan pembabitan semua pihak berkepentingan bagi memastikan keterangkuman.

Sumber : Berita Harian
Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/06/1256393/dasar-tvet-negara-2030-kejayaan-pelaksanaan-signifikan-kekal-daya

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.