kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

TUBE berjaya wujudkan 13,866 peluang pekerjaan, RM154.38 juta nilai jualan

20240611   tube

 

KUALA LUMPUR: Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) berjaya mewujudkan sebanyak 13,866 peluang pekerjaan dan menyumbang nilai jualan terkumpul hasil daripada perniagaan yang dijalankan berjumlah RM154.38 juta sepanjang penganjurannya sejak 2014 sehingga 2023.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, berkata TUBE merupakan inisiatif Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menerusi agensinya, SME Corporation Malaysia (SME Corp) yang bermatlamat membantu belia Bumiputera yang ingin memulakan perniagaan supaya sentiasa berfikiran kreatif dan inovatif agar dapat maju serta berdaya saing.

"Dengan bantuan geran permulaan sebanyak RM15,000 yang disalurkan oleh SME Corp, berdasarkan kepada rancangan perniagaan yang dibentangkan semasa latihan TUBE-X akan membantu anda menggerakkan perniagaan yang diusahakan dan memperkukuh perniagaan yang telah bermula," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Majlis Temu Ramah TUBE yang kini dijenamakan semula sebagai TUBE-X bersempena dengan tahun ke-10 penganjurannya di sini, hari ini.

Ewon berkata, TUBE adalah program penting yang membantu perkembangan dan pembangunan usahawan dalam kalangan belia selain penjana peluang pekerjaan kepada masyarakat.,

Menurutnya, seramai 805 usahawan belia Bumiputera berjaya dilatih menerusi program TUBE-X pada tahun ini melibatkan peruntukan berjumlah RM12 juta.

TUBE adalah program berbentuk latihan asas keusahawanan untuk memupuk semangat keusahawanan dan membina ketahanan diri dalam kalangan usahawan belia bumiputera berusia 18 hingga 30 tahun bagi mengendalikan perniagaan mereka.

Program ini juga bertujuan melahirkan lebih ramai pencipta pekerjaan sekali gus menangani masalah kebolehpasaran dalam kalangan belia.

-BERNAMA

Sumber : Berita Harian
Pautan : https://www.bharian.com.my/bisnes/usahawan/2024/06/1257491/tube-berjaya-wujudkan-13866-peluang-pekerjaan-rm15438-juta-nilai

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.