kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Town Hall IYRES 2024: Penyebarluasan Hub Data Dan Hasil Kajian

20240624   townhall iyres

 

PUTRAJAYA. 24 JUN - Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menganjurkan Program Town Hall IYRES 2024 yang telah diadakan pada 24 Jun 2024 (Isnin) bertempat di Dewan Podium B, Menara KBS. Town Hall IYRES merupakan program berkala yang dilaksanakan secara tahunan oleh IYRES bermula pada tahun 2020. Program yang memasuki tahun kelima penganjurannya ini merupakan satu platform penyebarluasan dapatan kajian IYRES dan hub data belia kepada peserta dalam kalangan pemegang taruh di bawah pembangunan belia untuk dijadikan input dalam merangka program atau aktiviti bagi memenuhi keperluan dan kehendak semasa belia Malaysia.

Objektif utama pelaksanaan Town Hall ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan peserta melalui penyampaian maklumat yang lebih jelas berkaitan penyelidikan belia dan sukan. Seterusnya, menerangkan penggunaan sistem-sistem di dalam Hub data Belia untuk dijadikan tools bagi perancangan program dan aktiviti pemerkasaan belia Malaysia. Selain itu, ia turut memberi peluang kepada peserta untuk menyuarakan persoalan, idea dan cadangan berkaitan penyelidikan yang dilaksanakan oleh IYRES.

YBhg. Ts. Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha KBS telah hadir merasmikan program Town Hall IYRES 2024. Program Town Hall IYRES ini merupakan salah satu program bagi memastikan hasil dapatan kajian dapat disampaikan kepada pembuat keputusan untuk merancang program dan strategi yang bermanfaat kepada kumpulan sasaran belia. Program tersebut juga telah mengupas dan merungkai berkaitan kualiti dan kesejahteraan hidup, kesukanan, kesihatan, eSports dan data-data yang menjadi rujukan kepada agenda pembangunan belia.

Town Hall IYRES 2024 telah membentangkan empat (4) dapatan kajian IYRES tahun 2023 iaitu Kajian Indeks Belia Malaysia 2023 (IBM’23), Kajian Indeks Budaya Sukan Malaysia (IBSM’23), Kajian Indeks Kesihatan Mental Belia Malaysia 2023 (MyMHI’23) dan Kajian e-Sports Dalam Kalangan Belia termasuk satu (1) pembentangan mengenai Hub Data Belia. Hasil dapat kajian-kajian IYRES boleh didapati melalui portal rasmi IYRES : www.iyres.gov.my

Sesi pembentangan dapatan kajian telah dibentangkan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES. Program ini telah dihadiri dan diikuti oleh 425 orang peserta secara fizikal dan dalam talian yang melibatkan sepuluh (10) kumpulan pelaksana seperti yang terkandung dalam Dasar Belia Malaysia (DBM) 2015-2035 termasuk kumpulan pengurusan tertinggi di peringkat persatuan / badan bukan kerajaan (NGO) / Kerajaan Negeri yang terdiri daripada pegawai-pegawai daripada Gred 48 dan ke atas.

Melalui input yang dikongsikan daripada pembentangan Town Hall IYRES ini, pemegang taruh pembangunan belia adalah diharapkan dapat merancang pelbagai program dan aktiviti kepada generasi belia bagi membantu Kementerian Belia dan Sukan dalam memperkasakan agenda pembangunan belia Malaysia.

Disediakan oleh : Norlida binti Parjoh, Eksekutif Komunikasi Korporat, IYRES

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.