kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

SPRM tahan lebih 2,000 belia atas pelbagai kesalahan rasuah sejak 2019

20240630   sprm

 

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan 2,332 belia berumur 16 hingga 40 tahun atas pelbagai kesalahan rasuah dalam tempoh lima tahun sejak 2019.

Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat SPRM, Nazli Rasyid Sulong, berkata ia antaranya melibatkan kesalahan menerima dan memberi rasuah, membuat tuntutan palsu, menggunakan jawatan atau kedudukan dan penggubahan wang haram.

Beliau berkata, berdasarkan data tersebut, ia memberikan gambaran aktiviti rasuah dalam kalangan golongan muda adalah isu serius yang perlu dibendung supaya tidak dinormalisasikan dalam kehidupan.

"Sekiranya perkara ini berlarutan, apakah yang akan berlaku 10 tahun akan datang? Pada masa tersebut kita sudah tidak dapat mengubah apa-apa lagi kerana ia seolah-olah akan dianggap sebagai lumrah atau normalisasi kehidupan.

"Oleh itu, SPRM berusaha untuk terus memberi pengetahuan kepada kumpulan muda terutama mahasiswa yang menjadi harapan dan barisan kepimpinan negara pada masa akan datang," katanya pada majlis penutup Konvensyen Angkatan Mahasiswa Antirasuah (AMAR) kali ke-9 di Alor Gajah, Melaka hari ini.

Teks ucapan beliau dikongsikan kepada Bernama di sini.

AMAR yang ditubuhkan sejak 17 tahun lepas bergerak menyebarkan mesej antirasuah di kampus-kampus dengan 2,988 program telah dilaksanakan melibatkan penyertaan 816,734 pelajar.

Dalam pada itu Nazli Rasyid berharap AMAR terus kekal releven merentas masa dalam menyebarluaskan mesej antirasuah di negara ini.

"Sesungguhnya ahli AMAR sedang melaksanakan tanggungjawab sosial sebagai seorang warganegara Malaysia yang inginkan negara ini dan masyarakat secara amnya hidup bebas tanpa belenggu rasuah," katanya. – BERNAMA

Sumber : Berita Harian
Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/06/1265294/sprm-tahan-lebih-2000-belia-atas-pelbagai-kesalahan-rasuah-sejak

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.