kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Kembara JOM: Kos sara hidup, gaji, peluang kerja antara isu utama dibangkitkan belia

KUANTAN: Kos sara hidup, gaji, peluang pekerjaan dan pendidikan ialah antara isu utama dibangkitkan golongan belia melalui sembilan program Kembara Jumpa Orang Muda (JOM) anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di seluruh negara, setakat ini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim, berkata kerajaan memberi perhatian serius terhadap isu yang disuarakan itu, malah kementerian merumuskan maklum balas serta pandangan berkenaan untuk tindakan lanjut.

"Pada masa sama, kita juga menerima secara terbuka segala kritikan sepanjang Kembara JOM. Apa yang penting ialah mesti ada ruang untuk mereka bersuara dan sebagai kerajaan, kita perlu bersedia mendengar kritikan.

"Itu semua perkara realiti hari ini, dan kita tidak boleh menyepikan diri dan mengelak. Ada peluang dan ruang, kita perbetulkan," katanya kepada pemberita pada Program Kembara JOM di Dewan Dato' Sri Abdul Manan Ismail, di sini, hari ini.

Adam Adli berkata, Kembara JOM adalah inisiatif KBS melalui Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia serta Jabatan Belia dan Sukan Negara bertujuan membolehkan pemegang taruh belia menyampaikan maklum balas serta pandangan terhadap draf Pelan Transisi Kepimpinan Belia secara terus kepada kepimpinan tertinggi kementerian.

Beliau berkata, maklum balas dan pandangan yang diterima akan diguna untuk memuktamadkan pelan itu yang bakal menjadi pemacu pelaksanaan pindaan Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).

"Kandungan utama pindaan Akta 668 merangkumi penurunan definisi had umur belia kepada 30 tahun, penetapan had umur ketua atau pemegang jawatan pertubuhan belia iaitu 18 hingga 30 tahun, dan mengehadkan tempoh ketua pertubuhan belia selama empat tahun.

"Pindaan Akta 668 telah diluluskan di Parlimen pada 2019 dan akan berkuat kuasa 1 Januari 2026," katanya.

Sumber : Berita Harian
Pautan : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/07/1271327/kembara-jom-kos-sara-hidup-gaji-peluang-kerja-antara-isu-utama

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.