kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

GiatMara Prima untuk Orang Asli, belia Gua Musang

GUA MUSANG: Pusat GiatMARA Prima untuk masyarakat Orang Asli dan belia di daerah ini akan ditubuhkan yang kini dalam kajian terperinci Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Mohd Syahbuddin Hashim, institusi pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) itu akan beroperasi di Kem Taman Etnobotani.

Katanya, GiatMARA Prima yang akan ditubuhkan itu bakal menjadi mercu tanda baharu institusi pendidikan di Gua Musang.

"Saya sudah mengadakan perbincangan dengan Ketua Pegawai Eksekutif GiatMARA, Ahmad Hamdi Ibrahim berhubung cadangan penubuhan GiatMARA Prima di bandar Gua Musang minggu lalu.

"Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sudah mengarahkan kajian terperinci dilaksanakan terhadap permohonan yang saya kemukakan iaitu untuk menaik taraf Kem Taman Etnobotani di sini menjadi Pusat GiatMara Prima.

"GiatMARA Prima ini ialah satu pusat latihan besar yang meliputi ramai pelatih termasuklah kita khususkan kepada masyarakat Orang Asli," katanya ketika ditemui di Kampung Batu Papan, di sini.

Mohd Syahbuddin berkata, kajian terperinci perlu dilaksana terlebih dahulu bagi memastikan kesesuaian kursus yang akan dilaksanakan kerana ia membabitkan pelatih daripada masyarakat Orang Asli.

Katanya, pusat pendidikan itu juga akan menjadi batu loncatan bagi belia untuk terus meneroka bidang kemahiran dan seterusnya mengubah masa depan mereka.

"Tawaran yang kita beri perlu selari dengan tawaran di luar bandar tak boleh 'syok sendiri' kerana bimbang ia tak dapat sambutan daripada masyarakat luar bandar.

"Antara bidang yang sesuai ditawarkan termasuk bidang automatif, penyelenggaraan mesin, industri perkayuan, agro dan banyak lagi. Insya-Allah kita harap hasrat ini dapat direalisasikan segera," katanya.

Terdahulu media melaporkan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan mewujudkan institusi pendidikan di daerah ini bagi faedah anak peneroka Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dilaporkan berkata ia akan menawarkan latihan dan membuka peluang pekerjaan kepada anak muda dan lepasan sekolah di bawah agensi itu.

Sumber: Berita Harian

Pautan: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/09/1293326/giatmara-prima-untuk-orang-asli-belia-gua-musang

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.