- Laman Utama
- Berita Terkini
- Sesi Teknikal Sistem Dashboard Belia Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi
Sesi Teknikal Sistem Dashboard Belia Peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi
SESI TEKNIKAL SISTEM DASHBOARD BELIA PERINGKAT KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI
Sesi Teknikal Sistem Dashboard Belia peringkat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah diadakan pada 27 Sepetember 2024 kepada Focal Point bagi memberi pendedahan dan pemahaman berkaitan Dashboard Belia. Sesi Taklimat ini disampaikan oleh Encik Mohd Rizal Mohd Sham, Eksekutif Penyelidik Kanan kepada Focal Point yang terdiri daripada pegawai-pegawai mewakili dua jabatan utama di bawah KPT.
Seiring dengan konsep merentas kumpulan pelaksana, IYRES yang berperanan sebagai pentadbir sistem akan sentiasa memperluas dan memperkasakan penggunaan Dashboard Belia melalui pelaksanaan Bengkel Pemahaman dan Pemantauan Sistem merentas Kementerian/ Jabatan/ Agensi/ NGO dalam memastikan agenda pembangunan belia di Malaysia dikoordinasikan secara bersepadu.