kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Belia Perlu Lebih Peka Keselamatan Guna Internet

Di Malaysia, Akta Perlindungan Data Peribadi (PDPA) atau Akta 709 mula diperkenalkan pada tahun 2010 di bawah seliaan Kementerian Komunikasi dan Digital. Merujuk kepada Kajian Indeks Belia Malaysia 2023 (IBM’23) yang dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Kementerian Belia dan Sukan terdapat penurunan skor dalam indikator ‘Keselamatan Ketika Menggunakan Internet’ dari 84.57 pada tahun 2022 dan 76.89 pada tahun 2023. Kes melibatkan penipuan secara dalam talian juga meningkat sebanyak 23% bermula Januari hingga September 2023 berbanding tempoh sama pada tahun 2022. Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, statistik tersebut diperolehi daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bukit Aman. Menurutnya, dalam tempoh sembilan bulan ini, sebanyak 19,224 kes penipuan dalam talian dilaporkan dengan kerugian sebanyak RM687 juta berbanding 15,659 kes pada tahun 2022.

Media dan digital citizenship merupakan segala bentuk medium dan saluran bagi menyampaikan informasi dan kemampuan mengelola dan memantau perilaku dalam menggunakan teknologi merangkumi etika, norma dan budaya. Akses kepada media ataupun kekerapan menggunakan media merupakan salah satu indikator yang diukur dalam IBM’23. Indikator lain yang turut diukur ialah literasi digital iaitu kecekapan menggunakan media digital dengan beretika dan bertanggungjawab untuk memperoleh informasi dan berkomunikasi. Indikator yang perlu diberi perhatian merupakan keselamatan ketika menggunakan internet termasuk transaksi kewangan berikutan penurunan skor yang berlaku bagi IBM’23 berbanding IBM’22.

Isu keselamatan menggunakan internet ini boleh diatasi dengan mengambil beberapa langkah berwaspada. Selain itu, peranan kumpulan pelaksana seperti agensi persekutuan, institusi pengajian, kepimpinan politik dan lain-lain perlu diketengahkan bagi mengawal penggunaan media sosial serta meningkatkan literasi digitalisasi dalam kalangan belia. Antara lain, kawalan penggunaan media sosial boleh dilaksanakan dengan memastikan aplikasi-aplikasi meletakkan had umur bagi pendaftaran akaun. Tapisan kandungan media sosial juga perlu dilakukan secara berkala oleh pihak berwajib berikutan belia sering menggunakan media sosial sebagai sumber utama. Kekerapan yang tinggi bagi penggunaan media sosial menjadikan komunikasi bersemuka dalam kalangan belia dan masyarakat berkurangan.

Di Malaysia, pihak kerajaan bertindak untuk campur tangan dalam menangani penyalahgunaan media sosial. Tujuan utama kerajaan campur tangan dalam media sosial adalah untuk menjadikan media sosial sebagai satu medium yang harmoni dan mesra rakyat iaitu tanpa unsur-unsur penyalahgunaan media sosial (Wan Amizah & Adnan Pitchan, 2017). Malaysia tidak mempunyai sebarang akta khusus berkaitan dengan kawalan media baharu dan media sosial. Antara perundangan yang sering diguna pakai bagi kesalahan-kesalahan berkaitan media baharu ialah Akta Komunikasi dan Multimedia 1988, Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1988, Akta Tandatangan Digital 1997, Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Teleperubatan 1997, Akta Perdagangan Elektronik 2006, Akta Aktiviti Kerajaan Elektronik 2007, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, Akta Hak Cipta 1987 Pindaan 2012 dan Akta Hasutan 1948. Akta-akta ini dilihat dapat diaplikasi sekiranya terdapat sebarang bentuk penyalahgunaan media sosial

Sumber: Berita Harian

Keratan Akhbar 2

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.