kbs Agensi di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia 
A A  Arial | PT Sans | Century
 Bahasa lain   carian
faq hubungi hubungi hubungi

Intellect Junction: Lets Data Speak

IJ 1

Dalam memastikan data-data terkini hasil penyelidikan IYRES disebarluaskan kepada pemegang taruh pembangunan belia dan sukan, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) telah mengambil inisiatif menganjurkan Program Intellect Junction : Lets Data Speak pada 8 Oktober 2024 bertempat di Dewan Banquet Casa 4, Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Selain bertujuan menyebarluaskan hasil dapatan penyelidikan IYRES, program Intellect Junction ini juga diadakan untuk meningkatkan pemahaman peserta berkaitan Indeks Belia Malaysia (IBM) seterusnya dapat mengenal pasti idea, pandangan dan cadangan penyelesaian dalam meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup golongan belia Malaysia. Program kali ini mensasarkan kumpulan pemegang taruh dalam kalangan pegawai KBS kumpulan pengurusan dan profesional Gred 44 dan ke atas.

IYRES juga turut menampilkan beberapa pakar dalam pelbagai bidang untuk bersama-sama para peserta untuk mengupas dan membincangkan isu-isu mengenai berkaitan pembangunan belia. Antara yang hadir ialah Prof. Dr. Ismi Arif Ismail
Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Hanina Halimatusaadiah Hamsan Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi Universiti Putra Malaysia (UPM) dan To’ Puan Dr. Tengku Elmi Azlina Tengku Muda, Pensyarah Kanan Pusat PERMATA@Pintar Negara
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Program ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh YBrs. Dr. Vellapandian Ponnusamy, Ketua Pegawai Eksekutif IYRES dan seterusnya pembentangan Dasar Belia Malaysia 2015 - 2035, Indeks Belia Malaysia 2023 (IBM’23) dan Dashboard Belia oleh Puan Shahhanim Yahya, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES. Program ini diakhiri pada sebelah petang melalui Sesi Pembentangan Rumusan oleh YBhg Prof. Ts. Dr. Muhammad Hisyam Lee Profesor Jabatan Sains Matematik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Semoga input yang terhasil dalam rumusan resolusi ini dapat dijadikan rujukan di peringkat tertinggi KBS dan pemegang taruh pembangunan belia.

IJ 2

IJ 3

IJ 4

RAKAN STRATEGIK IYRES

iyres.svg

INSTITUT PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN BELIA MALAYSIA

Aras 10, Menara KBS, No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya.

Tel : +603-8871 3417 
Faks : +603-8871 3342 
Emel : info[at]iyres.gov.my

Image
Image
Image
Image

© 2023 Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Hak cipta terpelihara. Paparan terbaik pada versi terkini Chrome, Firefox, Edge, Safari.